Ahad, 20 November 2011

JEMPUTAN PERKAHWINAN


ASSALAMUALAIKUM WAHAI PARA SAHABAT SEKALIAN,

HABIS SUDAH PERJUANGAN KITA UTK SEMESTER 6 INI, OLEH ITU CUTI SEMESTER PUN BERMULA. MAKA INI LAH MASANYA UNTUK KITA MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK BERISTIREHAT / MENGADAKAN AKTIVITI "RIADAH" / BERCUTI DAN TIDAK KETINGGALAN ADA JUGA YANG MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK BERKAHWIN. (BEST TUUUUU.......)

TAHNIAH DARI SAYA SEKELUARGA KEPADA SAHABAT KITA ZACK YANG BAKAL MELANGSUNGKAN PERKAHWINANNYA PADA HARI BERSEJARAH 1HB JANUARI 2012 BERSAMAAN HARI AHAD BERSAMA PASANGAN BERTUAHNYA NORAZIAH BT ABU BAKAR. SEMOGA GEMBIRA & BERTAMBAH CERIA DI DALAM MELANGKAH KEALAM PERKAHWINAN.

WELL, AS ALWAYS, WELCOME TO THE CLUB BEB....

Baarakallahu lakuma, wa baarik alaikuma, wa jama’a baina kuma fi khair
(Moga Allah berkati untuk kamu berdua. Ya Allah, berkatilah kedua-dua mereka, dan menghimpunkan kedua-dua mereka dalam kebaikan).



Ahad, 9 Oktober 2011

Ahad, 24 April 2011

Makluman Penting

Salam sejahatera,

Dukacitanya dimaklumkan kelas tambahan Dasar & Analisis Fiskal anjuran En Zulhari pada hari ini (25.4.2011=Ahad) adalah DIBATALKAN diatas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.

Segala kesulitan adalah amat-amat dikesali.

Harap Maklum Kawan-kawan semua.

Rabu, 13 April 2011

ALAMAT LECTURER

Dr. Marhazlinda Jamaludin
Unit Informatik,
Fakulti Pergigian,
Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur.
Tel: 013-9024836

ZULHAIRI BIN ZAKARIAH
NO. 9375, KM10,
SIMPANG AIR MOLEK,
75460 MELAKA

Slide Pentadbiran Personalia (Dr Marhazlinda)

Sila klik link di bawah:-

Ahad, 20 Mac 2011

Panduan Download File (Semudah 1, 2, 3)

Salam sejahtera,

Amat mudah...

Pertama : Pilih link mana yang anda ingin download, kemudian klik pada link tersebut.



Kedua : Anda akan dibawa ke website ini & sila anda klik pula pada link yang saya bulat kan itu.


Ketiga : Biasanya selepas anda klik pada link tersebut, satu pop up automatik download akan keluar seperti diatas. Namun mungkin anda punya downloader berbeza dgn saya tapi ianya akan keluar dengan sendiri & selepas itu terus klik saja pada Start Download. Dah siap.. Selepas itu tunggu saja sehingga ianya selesai download.

-Tamat-

Salinan Slide Etika Pentadbir Awam & Kertas Soalan Dasar Fiskal

Sila klik setiap link dibawah : -


Selasa, 8 Februari 2011

Slide Pertemuan 1 (29-30.1.2011)

Sila klik link dibawah:-







Journal.. Oh, Journal....


Tak tahu lah aku mcm mana nak cari journal kat uumlib ni... dari pagi asyik duk lagu ni jer.. sat g kalo cakap kat lecturer alasan ini, depa senang jer cakap... awat hang xcari awal2.... so apalah aku nak kata lagi ni... memang balik2 kita la yg kena... hampehhh.... masalah tak jugak settle ni... cari tetap kena cari...

Rabu, 22 Disember 2010

Aktiviti Wajib Selepas Habis Exam...

Salam mesra semua, lama xupdate blog... Semua bz sangat sampai xhingat dah pasal next sem dah menghampiri kita... Buku next sem masih blum dapat lg ni... kalo dah ada pun rasa aku pun xbuka lagi, sampai lah dah nak exam baru reti nak bukak... tu pun kadang malam nak exam baru bukak... biasa lah tu.... hahaha....

Ni gambar2 korang kat Restoran Dapur Sarawak, just nak share..... have fun, jgn lupa cuti-cuti malaysia yer untuk melepaskan tension-tension yg sepatutnya, geram-geram, dendam lara lg membara, atau apa-apa jer lah.... ahaks..
sempat lagi.... :)


Special Tea....





Ucapan Ribuan Terima Kasih kepada Tauke Ali coz belanje makan kami semua....... Die yang perkenalkan kedai ni & die juga yg belanje... hmmm sungguh pemurah orangnya, baik hati & sungguh budiman... Zaman sekarang memang dah tak jumpe dah.. Takpe Ali lepas ni kita gilir2 lah belanje makan..... huhuhu....
























Khamis, 4 November 2010

TERKINI - MAKLUMAN EXAM

ALOR SETAR - Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa menangguhkan peperiksaan akhir yang dijadual berlangsung pada Isnin hingga 3 Dis ini atas sebab-sebab keselamatan dan juga banjir.
Naib Canselor UUM Prof Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, tarikh baru untuk peperiksaan itu adalah pada 21 November hingga 13 Disember ini.
"Kita membuat keputusan itu selepas mengambil kira nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pusat Gerakan Banjir Negara,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, antara sebab penangguhan peperiksaan itu ialah jalan utama yang menghubungkan UUM dengan Alor Setar yang melibatkan Lebuh Raya Utara-Selatan ditutup dan pada masa yang sama Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim juga ditutup kerana banjir. - Bernama
sumber : kosmo

Makluman Rasmi UUM -LIVE-

Salam Sejahtera Semua,

Untuk makluman rakan-rakan semua, berita TV3 jam lebih kurang 8.15pm tadi (4.11.2010) ada menyiarkan makluman secara rasmi drpd UUM berkaitan penangguhan peperiksaan akhir UUM pada 12 Nov-13 Dis 2010. Sila lihat pada bahagian bawah gambar yang saya telah captured tadi:-










-Harap Maklum Geng Semua-


Maklumat Terkini

Tarikh baru peperiksaan Akhir semester:

21 - 25 November 2010
Jadual peperiksaan adalah sama cuma tarikh jer berubah

Harap maklum.

PENGUMUMAN PENTING - EXAM TANGGUH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Makluman terbaru yang diterima dari pihak UUM dan telah diconfirmkan oleh En. Mokhtafizam - Peperiksaan Akhir Semester yang dijadualkan bermula 9 - 13 November 2010 telah diTUNDA ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Peperiksaan Akhir ini terpaksa ditunda ekoran BANJIR besar yang melanda Utara Semenanjung termasuk UUM serta Negeri Kelantan.

Berkemungkinan besar Peperiksaan Akhir ini akan diajalankan pada penghujung November atau awal Disember 2010

Sebarang maklumat terkini akan di updatekan dari masa ke semasa.

TQ

Ahmad Termizi
Timbalan Yang DiPertua
Majlis Perwakilan Pelajar
UUM KL