Khamis, 4 November 2010

TERKINI - MAKLUMAN EXAM

ALOR SETAR - Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa menangguhkan peperiksaan akhir yang dijadual berlangsung pada Isnin hingga 3 Dis ini atas sebab-sebab keselamatan dan juga banjir.
Naib Canselor UUM Prof Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, tarikh baru untuk peperiksaan itu adalah pada 21 November hingga 13 Disember ini.
"Kita membuat keputusan itu selepas mengambil kira nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pusat Gerakan Banjir Negara,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, antara sebab penangguhan peperiksaan itu ialah jalan utama yang menghubungkan UUM dengan Alor Setar yang melibatkan Lebuh Raya Utara-Selatan ditutup dan pada masa yang sama Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim juga ditutup kerana banjir. - Bernama
sumber : kosmo

Makluman Rasmi UUM -LIVE-

Salam Sejahtera Semua,

Untuk makluman rakan-rakan semua, berita TV3 jam lebih kurang 8.15pm tadi (4.11.2010) ada menyiarkan makluman secara rasmi drpd UUM berkaitan penangguhan peperiksaan akhir UUM pada 12 Nov-13 Dis 2010. Sila lihat pada bahagian bawah gambar yang saya telah captured tadi:-










-Harap Maklum Geng Semua-


Maklumat Terkini

Tarikh baru peperiksaan Akhir semester:

21 - 25 November 2010
Jadual peperiksaan adalah sama cuma tarikh jer berubah

Harap maklum.

PENGUMUMAN PENTING - EXAM TANGGUH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Makluman terbaru yang diterima dari pihak UUM dan telah diconfirmkan oleh En. Mokhtafizam - Peperiksaan Akhir Semester yang dijadualkan bermula 9 - 13 November 2010 telah diTUNDA ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Peperiksaan Akhir ini terpaksa ditunda ekoran BANJIR besar yang melanda Utara Semenanjung termasuk UUM serta Negeri Kelantan.

Berkemungkinan besar Peperiksaan Akhir ini akan diajalankan pada penghujung November atau awal Disember 2010

Sebarang maklumat terkini akan di updatekan dari masa ke semasa.

TQ

Ahmad Termizi
Timbalan Yang DiPertua
Majlis Perwakilan Pelajar
UUM KL