Ahad, 27 Disember 2009

Latest Info Sem 3 (Year 2010)


At last i'm back in this blog,

And i want to wish all of you welcome back to school... hohoho.... :)
(mcm Santa Claus plak)

Aku ni tak pandai bahasa omputeh ni, tu yg dok speaking mak london tu... nak belajaq lah konon2 nyer..... kalo salah tolong lah hampa tunjukkan.... :)

bile lagi korang nak ajar aku.... huhu.....

Ni aku attachkan info terkini tentang kelas kita nanti.....

sumber: Mr Alias (rakancop)

Rabu, 23 Disember 2009

comeback...

ni gamba aku mase baper tahun tah..hehehe

Assalamualaikum kepada semua kawan2 dalam blog ni,

eceh...sopan tahap gaban..heheheh anyway lamer dah blog ni sunyi sepi. lamer gak aku tak berceloteh di sini. rindu pada kengkawan yang dah lamer tak jumpe. cidah, rin, mek ti, abg mizi, lil, ali, n all gengs lah..nak sebut tak hengat hehehehe..alhamdulliah kite nyer usaha ko-k mencapai sasaran yang diharapkan..aku tumpang gumbira kawan2 len yg sama2 bekeje keras utk menjalankan projek kita arituh..bagi yang tak wat pepe, insap2 la..tahniah to our group..

erm bak kata BK pas ni usaha utk mencari yuran bayo sem, subjek tuff dis sem, bace2 le aper yg patut.. harap2 kita leh bahgi2 note utk dibuat..preparation awal adalah diharapkan.

pasni leh jumpa balik n makan sotong bako ler...hehehehe tu dah jadi acara bulanan hahahaha.....

cidah tq very much..

subjek for the next sem : Dasar Awam MGD2123

Pentadbiran Kewangan MGF2113

Communication 1 BLE 1012

Organisasi dan Masyarakat MGR2113

ko-k

Aduhai dis sem dah la ader bahse enggris...pada kawan2 yg teror n cair tu bantu2la insan yang kekurangan ini....heheheheh....yes no alright....wakakakkaa

jumpa nanti..muhahahahaha...

Rabu, 16 Disember 2009

Jeng ! Jeng ! Jeng !!! ... result dah keluar !!

Assalamualaikum semua...
Result dah keluar .... apa lagi pergi le check... http://www.umis.uum.edu.my/

Dengan keluarnya result ni bermakna :
1. Kelas dah nak mula dah ... masa rehat dah nak hampir tamat
2. Nak kena cari duit... nak bayar yuran
3. Nak kena buat assignment balik ... lama tak buat assignment, rindu le pulak.. hehehehe
4. Dapat jumpa balik kawan-kawan yang dah 2 bulan tak jumpa
5. Blog ni akan kembali aktif ... esp. kat ruangan chatting setelah lama sunyi...

Any way... selamat bekerja / berehat dan jangan lupa petang esok sokong bola - malaysia lawan vietnam...

Selasa, 24 November 2009

Soalan2 Past Year Utk Sems 3

Salam hormat,

Sila klik pada link utk download soalan2 past year bagi subjek2 utk semester 3(Januari 2009) kita... Terima kasih kepada Ali kerana berusaha mendapatkan soalan2 ini... TQ bro..

Ahad, 15 November 2009

JULAT MARKAH UUM

Just nak share Julat Markah yang dipakai oleh PACE UUM:-

84.45 hingga 100 - A
79.45 hingga 84.44 - A-
69.45 hingga 79.44 - B+
64.45 hingga 69.44 - B
59.45 hingga 64.44 - B-
54.45 hingga 59.44 - C+
49.45 hingga 54.44 - C
44.45 hingga 49.44 - D+
39.45 hingga 44.45 - D
0.01 hingga 39.44 - F

p/s : aku rasa semester ni result aku tak berapa nak elok !!! Banyak yang cukup makan jer...

Sabtu, 14 November 2009

Ikan Bakar Istana




Wow sedap,

Alhamdulillah, muga rezeki shida dipanjangkan, dimurahkan, ditambahkan dll.... Tak sangka pulak nak belanja, kakakaka.... orang kata kalau orang belanjer makan memang sedap-sedap makanan nyer.... hahaha... Kalo x, xdelah berselera abg mizi makan masa tu, termasuk lah saya yg cakap ni.....kakaka... zila siap ratah petai lagi tu... uuuui....

Apa pun muga berkatlah rezeki hari ni, & pelajran yg kita semua kongsikan bersama....
Tapi lepas ni giliran sapa pulak nak blanjer makan ni? Sany ka, CT ka, Ali ka, zila ka.... Si ali orang dah ajak, die pireod pulak tak nak pergi... kehkehkeh...

Oh ya, besok sebelum balik lepas exam, korang dah pikir nak g mana? Hehe... Ikan bakar lagi ka, karaoke ka... aduh penat perut asyik makan jer.... g jogging pun bagus ni... dah lama x g jogging...

Isnin, 9 November 2009

Satu Impian Berjuta Harapan

Salam sejahtera & salam satu malaysia,

Ditengah2 kesibukan tuan2 & puan2 semua menelaah, ini sedikit selingan drpd saya... huhuhu...

Daripada mula2 dengar lagu memang dah minat giler, so ni nak share lah... hehehe... Lagu ni memberi inspirasi....

Hope u guys & girls enjoy it.....





Sumber : utube

Untuk Pedoman Kita Bersama...



PERDANA MENTERI:

Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:

Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:
Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Ng Yen Yen

Timbalan:
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar

Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha

Timbalan:
Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan:
Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman

Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan:
Datuk M.Saravanan

Sumber: MalaysiaKini

Ahad, 8 November 2009

Apa nak Jadi (Part 2)...

Selamat petang suma...

Aku boring ar blajar sorang2 nie...sorang pun x online utk aku ilangkan boring nih. (mcm ar penat baca buku. actually baru balik jalan...hehehheeh).

Aku tertinggal explanation part ciri2 helang tu... sori eak. Nak sambung balik nie, karang ada laks yg x paham apa yg aku nak sampaikan.

1) Penglihatan Tajam = FOKUS

- Nie aku nak habaq mai kat hampa suma, cikgu ajaq kat depan tu beri perhatian. FOKUS apa yg diajar. Tok sah dok main2 gelak2 kat belakang tu...especilay kat zila, siti & reen (aku pun sama lah jugak...hahaha).jgn mare ar wei aku bg contoh ja. contoh yg betui ...kakakakaaahhh

2) Tindakan Pantas = TIDAK TANGGUH
- Nie semua orang buat. aku confirm aku pasti sangat2. Aku berani ler potong kuku, kalau korang suma tak pernah tangguh...Tangguh buat asimen. Last minit menggelabah. Menggelabah, kalut sorang2 tak pa. Nie tak, time nak hantaq asimen la dok huluq pen drive laaa...dok nak pinjam laptop orang laaa....apa2 lagi laaa. (aku pun buat jugakler cam tuh)...hehehehhehe. Tapi mcm nie lah apa kata kita berubah sem ke 3 nie. bukan apa, kalau asimen tu kita sama2 buat kongsi idea, tak pa. Nie kes yg aku nk habaq mai nie yg tak buat langsuuuungggg. Nampak sgt dia nie tak usaha langsung...Kawan2 buleh kenai, mana jenis yg suka ambil kesempatan. Yedak lil? Part ni aku tak nak bg contoh nama. (zila hang jgn mara aku x letak cth nama utk nie, aku letak nama kang, ada yang tahan aku x bg masuk final exam lak nanti)...hahahahha so korang nak tahu sapa orangnya ????....jawapnnyer : LPLS !!!

3)
Cengkaman Kuat = TAK LEPAS PELUANG
- Aku nak kata jgn lepaskan jawapan soklan2 exam, kuiz, asimen kat org lain utk tiru tapi tak sesuai untuk explanation nie. So, apa yg aku boleh ckp kat sini....kalau ada member2 yg ajak buat group study ker, buat discussion ka, buat taskforce tu jgn ler tolak & bg alasan. mcm menjawap soalan past year aku respek shamim & maria punyer semangat. selalu diorang org pertama yg jwp soalan2 last year. Yang kita nie, org buat penat2 jwb soalan, kita nie senang2 saja minta pinjam utk tiru ler...utk baca laaaa. Dok nganga x sudah2. Dok nak bersuap ja. anak aku pun makan nak suap sendiri tau ! anak hang zila ???...

Nyut...nyut...nyut... kepala rasanye mahu pecah. gara-gara kamu dok meniru selalu.....(lirik lagu asal penyanyi jalil hamid & Feeda. faveret song aku bg ilang ngantok)

Rasanyer udah ler kot sampai sini jer ceramah aku..hehehehe

RENUNG2KAN & SELAMAT BERAMAL !!

stress vs relax

yuhuu everybody...
kat sini aku nak kongsi cikit cerita kau ngan hampa semua...arini pagi2 buto aku dah bgn..alasan ja tuh..sakit prut nyer pasal awal pagi ..last2 aku tepaksa cerahkan biji mate aku ni ha...apa lagi amik past yer paper baco la weh....naik bepino mate aku ni sampai skrg...pastu aku baca la statement chidah kat blog...wah best giler iter hang n ceramah hang cidah...best student...best student..

then aku tepon lil..besalah adaka dia panggil aku datok...lil..o.lil...apa kono hang nih...dia post past year kat cni..so akpun amikla.....
sambung lagik aku bace,,, mata aku dah naik pedih dahni


ym ngan cidah kejap ada kejap tak da..cm chipsmore lak...

lapo lak plak
ni bekfas pn blom//
oklar geng muhahahahahha

tu la citer aku arini..sakit perut nyer pasal.....

Apa nak jadi....

Haluuuuuuuu ....

wah3X, nampaknya semua orang sedang bertungkus lumus baca buku. Tapiieeee kan aku rasa ramai yang baca nota & jawap soklan past year. Sebab dah x sempat nk baca buku. (aku ler tu)...kakakaakakkakaaaa . Kalau betul2 baca buku mmg x sempat beb. La nie semua nampak dah stress. tak cukup tido ??? Itu dah semestinya.

Tulah pasalnyer ! (nak membebel nie)... dah nak exam baru ler nak study. awal2 tak nak study. "APA NAK JADI KITA NIE" Dulu masa mak suruh belajar betul2, x nak. dah tua2 nie baru nak blajar. tapi bila dah blajar nie, masih mcm dulu jugak. Main2 jer. Bila nak berubah kita nie agak2nyer eak ? Jawapannyer : LPLS (lu pikir le sendiri)

Aku adaler dengar ceramah baru2nie. Topiknyer lebih kurang menjadi orang yang cemerlang. penceramah nie kata, kita mesti kata pada diri sendiri "AKU HEBAT " ! (manyak makna woooo)...hehehehheeee. Lil...ct hampa jangan kona ke lain

.......& untuk menjadi HEBAT kita cuba jadi seperti helang. Bukan suruh hampa p terebang & tangkap ikan dalm sungai. hahahhahaha. Tapi ambiil ciri ciri helang tu..apa ciri-ciri helang ? meh cek habaq mai sikit kat hampa (motivasi skit, time stress2 nie)..

1) Penglihatan Tajam = FOKUS
2) Tindakan Pantas = TIDAK TANGGUH
3) Cengkaman Kuat = TAK LEPAS PELUANG

Sampai bila kita nak guna ayat nie .........???

- Nantilah bila ada rezeki
- Kamu buatlah dulu, dah berjaya nanti aku ikutlah
- Takperlah
- Cukuplah dengan apa yang ada

So, apa yang dapat disimpulkan disini kita ambillah iktibar dan pengajaran atas apa yang berlaku di sepanjang pengajian kita pada semester ke2 ini. Janganlah kita masih amalkan sikap2 negatif yang merugikan diri sendiri & aniaya kawan sendiri ..... Cuba tanya diri sendiri soalan nie :

Adilker kita tak datang kelas, tak ambil kuiz, asimen hantar lewat, tapi masih dapat markah lagi tinggi dari kawan kita (sebab last minit kita dok bagi pendrive kat kawan minta jawapan kuiz, minta itu...minta ini). 1st sem, 2nd sem orang tolong lagi. Masuk sem ke 3 nanti.... LPLS !!

Adilker kita biarkan kawan2 kita uruskan projek & tak ambil tahu langsung, then last minit kita tnya sapa buat tu ?...sapa buat ni ???...(rasa nk pelempang jer org mcm nie)..then bila dipersoalkan ttg sumbangan kita sbg ahli, kita menuding jari kpd org lain untuk turut dipersalahkan... haluuuuuuu WAKE UP PLEASE !!

Kepada semua rakan-rakan.... tolong hentikan perkara2 nie jika pernah
" MENGENA & TERKENA " :-

- NANTILAH... AKU BUAT ASIMEN, TUNGGU MOOD SAMPAI

- KAMU BUATLAH DULU, NANTI AKU TIRU

- TAKPERLAH DIORANG TIRU AKU, AKU DAPAT PAHALA. (Yo lah tu ! Pahala, pahala gak beb, duit blajar dah beribu habis...member yg tiru tu dapat CGPA tinggi...dapat naik pangkat..ko repeat paper. Nak buat pahala baik buat kat anak2 yatim. Lagi besar pahalanyer).

- CUKUPLAH DGN ASIMEN YG AKU DAH BUAT NIE. BOLEH LA TUUU...(next sem make sure asimen yang dibuat tu kita bg THE BEST !... mcm maria) maria jgn mara ar aku pinjam nama ko utk buat contoh...heheheheh

Oklah...ceramah aku dah habis daaaaa. Cukup ler sampai sini. saja pun aku dok bebel bg hampa semua berpikiaq hal lain lak. Kasi break jap dr pikiaq pasai exam. Aku tau semua dah penin..aku pun sama ar. Rasa nk muntah dah baca buku (hehehe baca x bnyk mana pun). Holiday2 gak. Time cuti nanti curi2 lah masa baca buku2 atau bahan ilmiah. rasa nak compile soklan last year pun boleh juga (shamim-nk ambil ke taskforce nie? compile soklan 2 exam sem ke 3 ?) Aku compile yang lain. Maybe lepas exam kita boleh sitdown bincang plan study utk semester ke 3? sapa setuju... aku dah ada plan. (jadi ke tak belakang citer, yg penting baik ada ari tak ada. Betui dak Cik Zila ?)

Sekian....wasallam.

Selamat Berjaya Menempuhi Exam Sem -2 !! Amiiinn...

Soalan Past Year

Soalan-soalan final exam utk Sems 2 (past year). Sila klik link dibawah utk download soalan:-


Thanks to Shamim & Shima for the question collection....

Khamis, 5 November 2009

Dah Dekat Dah Wooiii !!!

Assalamualaikum & selamaaatttt sejahteraaaaaa semua !!!

Apa bikin bro & sis ?? .. study ker? ... nak final exam dah..tinggal berapa hari jer lagi nih.. Dah Dekat Dah Wooiii !!!!

Aku??? ... lum start lagi arrrr... tak tau nak start dari mana.. belum baca lagi, tengok buku jer.. aku dah konpius.. rasa macam tak ready jer nak exam utk semester nih !!

Caya lah Zila !!! .. semua buku dia dah baca, semalam dia leh gi shopping kat IKEA lagi, pastu hujung minggu ni lak gi Genting... exam sure dia keluar awal.. kahkahkah....

To Lil... thanks sebab belanja aku ngan Shida makan 'ikan kembong & keli bakar' Tang Ling.. makan lak dalam hujan.. selera sungguh... shida siap ratah 2 ekor keli lagi, pastu pekena lak cucur jagung, ranggup giler......sedap woi... orang belanja... makan free mana tak sedap.. heheheheh.

So, pada kengkawan semua .. SELAMAT STUDY & GOOD LUCK untuk exam nanti !!!

p/s :
acong @ kikylalat.... semester ni aku still gunakan kemahiran menembak lagi... tapi tak semua paper ada objektif.. paper stuktur tak leh nak 'tembak'....

Selasa, 3 November 2009

Alhamdulliah...

Assalamualikum kengkawan...
-"Asyik2 aku ja post kat cni" gila kosa betul.....
warghhhhhh

Syukur alhamdulliah atas usaha kita yang mana carrymark aplikasi komputer membantu utk final kita
thx 2 pn marziana yang tak kedekut markah..amin..
thx to kawan2 yang banyak memberikan bantuan..
statement ni best nih...(lil we all dapat lebey cikit la pada hang..hehehe...finally berjaya juga mengatasi lil'best student 4 esemen..hahhahah) jgn mare ar lil..
abg mizi diam2 yer...carrymark paling tinggi tu..well done boz ,,,,nanti kasi tips kay
tips lil dah pecah..hahaha
borinkla..nak muntah dah tgk buku2 ni..mcm mana nak buat ni.. hope ada cikit bantuan nak bagi fresh cikit pale hotak aku ni.. yang best tu leh g genting lagi ujung minggu...truk betul la hang ni zila..
anyway gd luc all frenz...

muhahahahahha

pesanan penaja: agak2 exam pagi tu , ada la podluck ker leh isi perut huhuhuhuhu....mcm tuju kat chidah ja..kahkahakah...rin kalu ada tart stoberi bawak la...mu ct jgn dok bagi ilmu aku ilang...tobat jub...kuang3x

Khamis, 29 Oktober 2009

MACAM-MACAM HAL DA........


Salam kengkawan semua....miz u all ..muhahahah

anyway mcm mana ngan study korang semua..aku cam ni gak la, buat aper yang patut ja..main-main, gelak banyak, tah bile le nak insap....hahahah..but sambil2 tuh dok kecut prut ni...lagi 11 hari ja kita nak berperang ni..kengkawan yang ada info baik punya jangan lupa pas kat aku kay..kita sama-sama tolong mana yang patut..keje sorang2 mesti bengong punya....tak baik punya.

azab presentation semua dah lepas, tinggal cikit ja lagik..aku harap semua kengkawan dapat ketch up...asele..ya..aselehe..yeyeyeye.....jangan kicap..kuangggg apa yang lecturer bagi la..

lil, hang markah lebey ek....heheheh pandai hang kata kat aku makan tengah ja ya....alompak agogogogo(lil berjalan sambil memakai baju kotak2 dengan cermin mata hitam)hahaha..jangan mara ek..

siti hang jangan banyak sangat merapu, ilmu aku dah abih kuar dalam class nih....kaki ngan peha tu ikat dulu.....(siti, shida, huzrin saja yang tahu situasi siti memasak sambil......)hahaha...kismis kedut..kahkahkah

-abis ja perang kita nanti...kita enjoyyyyyyyyyyyyy

aku nak pantun cikit kat cni........

ikan keli si ikan kerapu,
sedap jugak dimasak asam pedas,
dalam kelas kuat sangat dok merapu,
la ni semua dok mengipas....huhuhuhu

bk orang kuat boz la katakan,
lil asyik ok ja keje dia,
nak dekat exam semua dok ligan,
insyallah next sem semua ada......amin

ok la kengkawan, selamat berjaya, moga berkat pelajaran kita, mana yang rasa tak berkat tu, minta2 la maap pada yang sepatutnya...kang truk plak result yang kuar...bukan aper bak kata MOHAMAD ADIB...........KEBERKATAN.......pada semua aku pohon ribuan ampun dan maap andai terkasar bahse, terlepas kata, terkutuk dengan sengaja, uhuhu....sepuluh jari dihulurkan....adois,amigos.......thx to kawan2 yang banyak bantu selama ini dengan penuh iklas abg mizi, lil, shida,huzrin,siti, n semua terlibat langsung ngan tak.............

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SATU MESIA, SALAM PERPADUAN.....POYOS JA..HIHI

Rabu, 28 Oktober 2009

Jangan Menyerah

Salam semua...

First of all tq BK for the invitation. Bukan x nk accept jemputan BK,tapi yahoo ada problem. Skrg dah ok, bolehler saya menceceh dalam nie...heheheheh.

Seperti yg kita semua tahu, markah carry forward kita agak 'memberangsang'kan sedikit. Ada yg dah down nampaknya masa lecturer announce markah (tapi gelak tetap gelak). So harapnyer
kawan-kawan sekalian jangan menyerah sebelum kalah. Jom kita berjuang dalam masa 2 minggu nie. Aku nie cakap jer berhabuk....dapat bantal lupa semua hahahahaa. To all my fren yg ada taskforce soalan sains sosial, harap dapat email kpd saya spt tarikh yg telah ditetapkan. Zila & Huzreen...aku tabik spring kat korang. Org pertama bg feedback.

Oklah, sampai sini jer dulu pesanan saya. Good Luck to semua.

Ahad, 25 Oktober 2009

Nak Exam Beb.........!!! (11-15hb / 11 / 09)

Hahaha.... Pertemuan kali ni semua asyik gelak jer dlm kelas yer.... main-main jer.... Jelous lecturer kat depan... Takpa lah janji asimen siap ontime.... Bak kata Shida, "tip top...." kakaka...

Tp aku pun siap jugak asimen, amik exam jugak, jwp kuiz jugak.... tup-tup lecturer kata aku tak buat asimen, aku tak amik exam & xjwp kuiz.... aduiiiiiii........ Terus rasa berdebar didada, bergegar meja & rasa nak gugur jantung pisang dibuatnyer....... arghhhh...... Apa la nasib aku mcm ni... Rugi aku datang kelas, buat asimen sampai xcukup tido, bayaq yuran dll..... (hampa pun sama jugak) Kat sapa lah aku nak mengadu ni.... aduiiiii..... Cuba hampa cakap kat mana..... Kalo nak buat aduan kat pejabat pengguna boleh tak?

Takpa lah, walaupun hati ini sedih... tapi aku upload jugak lah slide2 ni utk hampa semua... tp ni hampa tgk lah gambaq2 ni dulu... layan nohhh....

Anyway, ribuan terima kasih diucapkan kepada abg/bro Elias kerana buat majlis kek sarawak... memang sedap lah... dah la rupanya cantik, ada corak batik2, rasanya pun sedap.... hmmm.... best.... :) :) :) ada sorg tu tau nak makan bahagian tgh ajer.... ish, ish, ish.... tak patut-tak patut.... (atok tahu..... hehehe) Juga terima kasih pd rakan kita cik saro & cik saras utk maruku.... sedap.... :) :) ;)

Menu: Nasi Sedap & Air sedap..... Nampak sedap pulak air ni td, sblm ni aku beli xmcm ni.... xpatut2..... nampak pekat beb... meleleh air liuqq....






Muat toron :-

Module KNegaran

Module Hubungan Etnk.

Module Sains So sial

Module IT





bye.............

Khamis, 22 Oktober 2009

Terima Kasih

Lama dah tak hantar posting baru.. bukan apa, semua dok sibuk buat assignment & tugas harian kat opis masing-masing.. ko-k pun dah abih, so kurang le meriah sikit blog nih..

Any way aku secara personaly ingin ucapkan terima kasih kepada semua ahli group yang bertungkus lumus menganjurkan program hari tu...

Terima kasih juga aku nak rakamkan kepada semua penyumbang-penyumbang (agensi kerajaan, swasta, company, NGO & individu) yang menghulurkan bantuan bagi penganjuran program, tak kira le sumbangan dalam bentuk wang ringgit ke, pakaian & dalam bentuk barangan seperti beras, tepung, minyak masak, biskut dan juga bihun..

Terima kasih juga aku nak ucapkan kepada Abg. Ali (Pengerusi Kelab Nismo) dan geng-geng Nismo atas sumbangan yang anda semua berikan... korang semua memang best & sporting, mungkin next punya program kita boleh bekerjasama lagi..

Tak lupa, kepada KitaFM... thanks a lot atas kesudiaan war-warkan program ini dan turut sama mencari sumbangan dana.. TQ Bro & Sis DJ KitaFM.. moga-moga next punya program pun kita still bersama lagi...

Pada anak-anak RAKB... harapan kami, anda semua enjoy & kami semua mohon maaf andai terdapat sebarang kekurangan atas penganjuran program ini...

TQ SEMUA !!!

Jumaat, 9 Oktober 2009

SOMETING......


kek perasmian jemputlah kueh kami

susu segar veterinar
goodie bag nismo

ago-ago mas....


sandwish zilerd yang sedap gler tuh..hahaha

lepat 4.00 pagi chidah..tip top

vadeeee...saras n saro..dapnye


goodie bag....


kueh mueh sumbangan NISMO CLUB..coloring




mug sumbangan veterinar kluang johor






Rabu, 7 Oktober 2009

Kenangan Abadi (4 Oktober 2009)

Salam Sejahtera Wahai Sahabat-sahabat sekalian,

Disini saya ingin berkongsi gambar-gambar kenangan semasa Majlis Sambutan Hari Raya -Program Amal Kasih Bersamamu Permata Hati yg ada dlm koleksi saya & yg saya download drpd web nismoclub untuk anda semua...

Kerjasama semua pihak yg terlibat dlm menjayakan program ini termasuklah nismoclub, kitafm, imigresen, veterina, orang perseorangan, dermawan, dll adalah amat-amat dihargai. Tq to all....

Dipersilakan untuk melihatnya:-