Selasa, 31 Mac 2009

Kemajuan Polis Yg Membanggakan






Polis Diraja Malaysia telah memperkenalkan Kereta Peronda Polis (MPV) jenis Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) dimajlis Perhimpunan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-202 di PULAPOL Kuala Lumpur pada 25 Mac 2009 dan dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.

Polis Diraja Malaysia telah mendapat perolehan kenderaan pasukan jenis Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) yang dibekalkan oleh Syarikat Mitsubishi Motor (M) Sdn Bhd mengikut KDN/POL/PT/5/2008 bertarikh 1/7/2008 sebanyak 25 unit.

Mitsubishi telah mengeluarkan Lancer Evolution 1 - CD9A pada tahun 1992 dan kenderaan itu telah direka sesuai untuk litar lumba. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) ini telah direka khas oleh Mitsubishi Motor di Jepun, sesuai untuk penugasan dan kegunaan PDRM.

Kenderaan ini adalah setiap masa All Wheel Drive (AWD). Sistem S-AWC (Super All Wheel Control) yang dilengkapkan pada Steering Wheel membolehkan kenderaan beroperasi di dalam 3 bentuk persekitaran yang berbeza di Malaysia iaitu untuk permukaan kering, permukaan yang tidak rata atau basah dan permukaan yang terlampau licin.

Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) dijana enjin aluminium 4B11 Mivec 1,998 cc dan jenis enjin - DOHC 16-valve Mivec Intercooler Turbocharged, Single Turbo dengan transmisi manual lima kelajuan (W5M6A) dan mempunyai 4 silinder. Enjin berprestasi tinggi ini menghasilkan tenaga 291 bhp @ 6,500 rpm dan pecutan maksima EVO-10 ialah 242 km/j. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 5.2 saat.

Spesifikasi berat tanpa muatan Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) ialah 1,565 kg, tinggi keseluruhan ialah 1,480 mm (1.48 m) lebar keseluruhan ialah 1,810 mm dan panjang keseluruhan 4,510 mm. Muatan tangki bahan api ialah 72 liter dan menggunakan bahan api jenis petrol (RON 98).

Kenderaan ini dilengkapi dengan Keyless Operation System di mana pemandu tidak perlu memasukkan kunci ke Ignition System semasa hendak menghidupkan enjin. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) juga dilengkapi sistem ETACS dimana pemandu boleh menaikkan tingkap cermin di dalam keadaan Ignition Off. Wiper juga akan beroperasi secara automatik apabila cuaca hujan dan lampu besar akan beroperasi secara automatik pada waktu malam. Sistem keselamatan kenderaan ini juga dilengkapi dengan 7 modul airbag.

Bagi memantapkan lagi Mitsubishi Evolution -X (Evo-10), PDRM telah memasang set radio jenis Motorola XTL 5000, dilengkapi dengan sistem C4i (Command, Control, Communication And Integration), peralatan ILSS Arjent S2 LED 12v dan juga tempat letak senjatapi MP5.

Latihan pemanduan khas Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) juga di adakan selama 3 minggu di Maktab Teknik PDRM dan kelayakan pemandu adalah terdiri daripada peserta yang telah menghadiri Kursus Pemanduan Standard. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) akan ditempatkan sebagai penugasan EMPV untuk Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur selain ditempatkan di lain-lain kontinjen, dalam usaha mempertingkatkan keupayaan tugas-tugas rondaan.

Diharap pihak polis akan dapat melaksanakan tugas mereka dengan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Diharap juga tidak ada dikalangan mereka yg ingin mengambil kesempatan terhadap rakyat bagi mengaut keuntungan peribadi seperti gejala rasuah amnya. Dengan adanya kemudahan ini diharap mereka akan dapat menumpaskan lebih ramai penjenayah tegar di negara kita yang masih lagi bebas berkeliaran disekeliling kita tanpa kita sedari.

Harapan saya juga agar janganlah mereka ini berfungsi sama seperti kereta peronda yang lain. Diharap ianya ada perbezaannya yang tersendiri.

Khamis, 26 Mac 2009

Berita Panas Kepada Penggemar KFC!

Ermm...aku dah tau tentang info ni sejak sekian lama dahulu. Arakian, aku memang sudah lama tidak makan ayam KFC, Burger McD, dan aku elak untuk makan semua jenis sosej kecuali keluaran Ramly. Birger pon sama, aku hanya makan burger Ramly. Aku takut termakan makanan yang Haram. Seperti yang kita sume telah tahu, "Syurga x terima kita sekiranya apart of darah daging kita adalah dari sumber yang Haram"

Yang ada anak tu, aku nasihatkan jangan la bagi makan coklat/gula2 yang x tahu mana asal usul tu. Yang popular kat Malaysia, Apollo, aku pernah terbaca tentang ingredients Apollo yang kek tu. Dia guna cop Halal x sah. Cop Halal tu untuk produk lain, tapi dia guna untuk sume produk.
Xkisah la ape-ape produk, apa-apa jenama sekalipun, yang penting, pilih la makanan.

" Mencari yang Halal itu fardhu bagi umat Islam "

Ni aku nak kongsi sket la artikel. Ni cuma sebahagian, pada aku, sekiranya kita sume betul2 tahu tentang konsep Halal yang sebenar, banyak lagi makanan yang ada di pasaran kita ni yang x Halal. Aku pun xpandai, jadi aku pun ikut je logo Halal JAKIM tu(tapi bukan semua la)

Persoalannya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal atau haram sesuatu makanan itu diperbuat contohnya daging babi...sememangnya haram... Persoalannya ialah cara penyediaan sesuatu makanan itu dibuat. Saya ambil satu contoh, semasa saya menghadiri satu kuliah ilmu, Ustaz Daud Che Ngah ada menceritakan Kes KFC. Begini ceritanya: Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma berupakan ayam goreng KFC kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunggu giliran sebelum untuk diangkut dari Kelana Jaya ke Subang/KLIA. Maka Boss Ustaz Daud menyuruh beliau menyiasat cara penyediaan ayam itu dibuat dan memberikan laporan kepadanya sama ada boleh atau tidak mengikut syarak. Pusat Penyembelihan ayam KFC dibuka dan ia dimulakan seawal jam 6.00 pagi.. Ustaz Daud mengambil keputusan untuk sembahyang Subuh berdekatan dengan pusat tersebut. Selesai solat subuh kedengaran siren dibunyikan menanda pekerja KFC mesti memulakan tugas memyembelih ayam. Para pekerja yang duduk berhampiran dengan pusat penyembelihan/ hostel muda-muda terus memakai pakaian seragam mereka dan terus membuat kerja. Satu persatu ayam digantung dengan kaki keatas dan sayap dikepit. Ayam dipotong dan seterusnya dijatuhkan dalam air suam. Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau mengatakan KFC tidak boleh dimakan dan dihidangkan kepada jemaah haji kerana: a. Sewaktu sembahyang subuh, tiada seorang pun tukang sembelih yang menunaikan solat subuh b. Ayam yang disembelih tidak mati/dibiarkan bebas tetapi terus dijatuhkan dalam air panas/letrik c. Ayam tersebut berada dalam keadaan terseksa dengan kedua kaki (yang terbalik) kepak terikat. Oleh yang demikian maka Ayam tersebut tidak boleh dimakan. Oleh kerana ianya telah disahkan oleh JAKIM maka dosa itu depa yang tanggung. Kita cuma perlu berhenti memakan KFC. Saya sejak dengar tempoh hari tidak makan KFC Insyallah dan wallahualam. Assalamualaikum wbk.. Ini cerita pengalaman seorang hamba Allah di kampung aku la. Recently seorang hamba Allah di kampung aku ni dapat offer masuk KFC/Pizza Hut management trainee. Lepas buat medical checkup, etc, maka berangkatlah dia ke KFC training center kat Kelana Jaya. Khabarnya dia diberi penginapan kat Sentul. So tiap2 hari kenalah dia berulang ke Kelana Jaya untuk training session dia. Sepanjang waktu latihan, beliau diberi subsidi makan dan uniform serta penginapan percuma. Selepas beberapa bulan, satu hari dia ke kilang para pelanggan KFC. Di kilang inilah dia tengok sesuatu yang meragukan. Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan dua daripadanya ialah perempuan. Perempuan sembelih ayam? Hmmm....macamana tu?.. Bukannya keadaan tengah darurat pun? Kemudian diperhatikannya pula ayam2 (dari kotak tetapi ada seekor dua yang tak bergerak langsung dan tak nampak aktif. Maka ditanya pada orang yang menggantung ayam tentang ayam2 tersebut. Pekerja tu memberitahu bahawa adakalanya ayam2 itu mati dalam perjalanan kerana kesejukan sewaktu perjalanan waktu malam atau keadaan sesak di dalam kotak plastik itu sendiri. Sudah Mati, ianya masih digantung untuk masuk ke ruang penyembelihan. Ayam yang sudah mati disembelih? Bangkai? Disembelih? Halal? Sekali lagi, hmmm....macamana tu? Akibat daripada timbulnya rasa was2 yang berat, hamba Allah ini telah mengambil keputusan untuk berhenti menjalani latihan dan sekaligus menamatkan perkhidmatannya dengan KFC. Maka pulanglah hamba Allah kita dapat tengok anggota yang menjadi ahli dalam menguruskan soal halalnya makanan yang dijual dan bagaimana badan ini memastikan semua hidangan di KFC dan Pizza jikalau cerita hamba Allah ni salah. Kalau betul, maknanya tanda ditanggung halal di premis KFC dan Pizza Hut boleh dianggap palsu dan hanya untuk menarik pelanggan beragama Islam Ada seorang ustaz menceritakan bahawa seorang saudaranya dapat kerja sebagai penyembelih diKFC. Tak sampai seminggu dia resign kerana tak sanggup menanggung dosa bagi orang makan bangkai. Ayam yang terikat seperti diatas berpusing boleh tahan lajunya ( kerana nak sembelih banyak ) dia hanya sempat sebut " bis " saja untuk setiap ekor yg disembelih, lepas tu rendam, matilah ayam tu dalam kelemasan. **Setiap apa yg kita makan akan menjadi darah daging, sepotong hadis nabi menyebut, mafhumnya, " setiap daging dari sumber yg haram akan menjadi makanan api neraka " . MAKA BERHATI - HATILAH DGN APA YG KITA MAKAN SEMOGA KITA TERSELAMAT DARI API NERAKA YG MAHA DAHSYAT. Wassalam.

Khamis, 12 Mac 2009

Perjumpaan / Discussion !!

Saru perjumpaan bagi mengembangkan kepala otak dan pemikiran kita semua, satu sesi perkongsian ilmu yang tentunya menjana minda dan menjadi wadah pengembangan dan penyiapan assignment kita semua bakal di adakan seperti maklumat di bawah;

Tarikh : 14 Mac 2009 (Sabtu ni lerr!!)
Tempat : Perpustakaan Negara Jalan Tun Razak
(National Library la tu!! Tempat biasa)
Jam : 9.30 pagi ( Library bukak 9 pagi..(kita bagi la depa bernafas dulu...baru kita pi serang)

Semua dijemput untuk sama-sama hadir memeriahkan majlis. Lagi ramai yang datang...lagi banyak la idea yang bakal kita dapat. Dan secara tak langsung...bibliografi tu tentu la akan bertambah bahan rujukannya. Perjumpaan ni lah penggerak kemajuan masyarakat dunia...jangan ketinggalan untuk hadir sama...ajak la kawan-kawan anda bersama ye!!

"Bersatu kita teguh, bercerai kita kawen lain"
"kita, bila seorang diri ibarat sebatang lidi, bila ramai-ramai, ibarat berbatang-batang lidi....jika di kumpulkan, dan di satukan...akan kukuh dan utuh dan ianya x mudah di patah-patahkan..."

Erm....untuk sebarang pertanyaan tentang perjumpaan ini, atau nak beli modem untuk broadband...macam biasa la..boleh kontek aku di talian

019 - 564 6441 dan 017 - 564 6041

Modem broadband dah turun harga sekarang hanya RM 430 (tanpa pendaftaran) dan RM 410 (dengan pendaftaran) *Tanpa kontrak. Jadi anda tidak terikat dengan mana-mana servis provider. Dan barangan pastinya tulen dengan jaminan 18 bulan.

Rabu, 4 Mac 2009

Hallo Geng!!

Ermm...agak lama aku tidak menulis di blog ini. Harini aku kat Shah Alam, Kursus ISO la...Ini Sakit Owwh(ISO)

Aku rasa korang2 yang terer2 ni sume mesti dah siapkan assignment kan? Jadi apa lagi...xreti2 nak share ngan aku. Agak2 bila kita sume nak wat discussion nih? b4 exam...2 minggu lagi beb. Aku xsempat study apa2pun sbb dok bz ngan keje....kalao x keje sape nak bagi makan.

Dengar cite, Lil ngan Epool g N Lib ? korang x ajak aku pon....aduss...BK pon lama senyap je.

Erm..apa2 pon..gud luck pada sume 4 dis coming midterm...

Adioss....