Khamis, 30 September 2010
BBQ RAYA EVOLUSI MAYA..
Kita akan mengadakan BBQ RAYA seperti berikut :-
Tempat : Halaman Rumah Penginapan JPS, Gombak (Gurl je bley tdo ctu, boboy tpt lain,
boboy leh bbq jer kat ctu)- no 3, kediaman rasmi jurutera daerah jps gombak, gombak.
Tarikh : 1 Oktober 2010
Jam : Pada sebelah petang , Jumaat...
Diharap kawan2 dapatlah kiranya membawa kueh raya, makanan tambahan jika berkesempatan sbg cth : sosej ker , daging burger ker, terpulang pada kawan2 semua. segala pertanyaan bolehlah menghubungi syida.
* Menghilangkan penat lelah kita pada sebelah pagi dan perjalinan ukhwah antara sesama kita, buang yg keroh ambil yg jernih....support team kita k. muah3x peralatan syida akan sediakan, kita hanya membawa bekalan sedikit seorang, sikit2 lama2 jd bukit.
Selasa, 28 September 2010
Raptai Pada 1 Oktober 2010 (Jumaat)
1) Semua ahli diminta utk hadir lebih awal pada 1.10.2010(Jumaat) untuk membuat persiapan akhir sebelum 2.10.2010(sabtu) program berlangsung. Kehadiran daripada seluruh ahli kumpulan evolusi maya adalah diwajibkan.
2) Disarankan semua ahli membawa lebih pakaian persalinan kerana terdapat pelbagai aktiviti yg akan dilakukan pada 1.10.2010(jumaat) dan 2.10.2010(sabtu). (mungkin aktiviti yg dilakukan akan menyebabkan pakaian akan basah/kotor dan ada juga aktiviti senaman pada waktu awal pagi sabtu oleh fasilitator terlatih, so seluar track pun kena bawaklah dgn kasut sukan)
3) Setiap ahli kumpulan evolusi maya adalah diwajibkan untuk menyumbang 1 bungkus beg plastik hitam untuk aktiviti gotong-royong.
4) Memakai baju t-shirt berwarna merah pada hari sabtu.(dibawa sendiri)
5) Sila berikan saiz baju anda pada 1.10.2010 utk tujuan penempahan baju korporat kita.
6) Slot bio-indicator kita akan run sendiri dgn tunjuk ajar drpd org JPS... slot ni senang jer, so hari jumaat tu kalo kita buat latihan skit mesti dah bleh jadi fasilitator dah..... so memang planing org JPS beri penghormatan kpd kita utk run program ini. harap dpt kerjasama drpd semua ahli kumpulan.
Yg menurut perintah,
( biro media & siar raya)
Ahad, 26 September 2010
Tugasan 4 (Ekonomi)
Ekonomi Dlm Pengurusan = Tugasan 4
Semester 5 Januari 2011 = Jadual Waktu Kuliah Sem 5, 2011/12
Khamis, 23 September 2010
Mesyuarat Ahli Kumpulan Evolusi Maya
Lanjutan drpd mesyuarat yg diadakan pada 22.9.2010 baru-baru ini diantara pihak kita, JPS, JPA, Jab. Kesihatan dll. Satu mesyuarat ahli kumpulan evolusi maya akan diadakan seperti maklumat berikut:-
Agenda: Diantaranya untuk memperhalusi & memperincikan peranan semua biro dan membuat pengagihan tugas yg sepatutnya kerana masa yg semakin suntuk.
Tarikh: 25 September 2010 (sabtu)
Masa: 0900 pagi.
Tempat: Dataran Bukit Kala, Batu 12, Gombak, Selangor.
Kehadiran: Semua ahli diwajibkan hadir & kehadiran tuan-puan akan direkodkan. (Sila maklumkan jika anda tidak dpt hadir kerana bertugas)
Komitmen tuan-puan adalah amat dihargai.
Biro Media & Siar Raya.
Projek Sungai 1 Malaysia
Rabu, 22 September 2010
Berita Gembira!!!
Sabtu, 18 September 2010
Pengumuman Dari Penyelaras UUM
Penghantaran Tugasan (Pengurusan Pejabat)
Ahad, 5 September 2010
Jumaat, 3 September 2010
Updated Terkini (3.9.2010) "Sungai1Malaysia"
Salam kepada Ahli Kumpulan Evolusi Maya, Terlebih dahulu saya memohon ribuan kemaafan yang tidak terhingga kepada semua ahli kumpulan yang ternanti-nati dan menunggu kemajuan kerja berkaitan Projek Sungai 1Malaysia, Tidak ketinggalan juga pujian yang tidak terhingga kepada En Ali, En Khalil dan Puan Rosidah terhadap keperihatinan mereka yang mengambil berat tentang status kedudukan projek ini. Walaubagaimanapun suka saya maklumkan atau menerangkan beberapa perkara berkaitan dengan projek ini. Pertama Tentang pertanyaan you all berkaitan kelulusan “Sebenarnya kelulusan untuk melaksanakan projek kumpulan hanya diperingkat kelulusan pensyarah kita sahaja En Hadri sahaja tanpa memajukan kepada pihak PACE UUM Sintok sebagaiamna mesyurat pertemuan Kedua yang lalu. Harap tiada lagi isu berkaitan kelulusan.Hanya stage untuk dapatkan tandatangan beliau sahaja secara verbal dia dah maklum. Kedua Laporan kewangan, minta pihak bendahari yang dilantik untuk membuat laporan berkaitan kewangan dan declare kepada semua ahli mesyuarat kemajuan kewangan yang kita perolehi. Sehubungan dengan itu, Kak Yang dan Saya sedang berusaha untuk membuat pertemuan dan perbincangan bersama JPS Selangor berkaitan urusan penajaan. Mungkin dipertemuan ketiga nanti keputusan perbincangan dapat dihasilkan samada positif atau negatif. Ketiga Minta semua Jawatankuasa dan ahlinya membuat persiapan dan persediaan sebagaimana tugasan yang telah diberikan semasa pertemuan kedua yang lalu. Sila rujuk kertas kerja yang telah dikemaskinikan melalui e-mail setiausaha. Keempat Pertanyaan Pn Rosidah berkaitan surat jemputan pihak BOMBA, memang benar tiada latihan kebakaran dilakukan di sungai tapi mungkin kita boleh jemput untuk demo pihak BOMBA dalam latihan aktiviti menyelamat ketika berhadapan dengan mangsa lemas dan sebagainya. Kelima Sya turut tertarik dengan Pelan B yang segelintir telah berbincang dan bermesyuarat sekiranya tidak keberatan, minta jua dimajukankepada saya dengan kadar seberapa segera. Sekian untuk makluman dan Selamat Menyambut Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin
Yang Benar
FAKHRUDDIN BIN MD.YATIM
Nota: * En Khalil minta jua masukkan laporan ini dalam laman blog . |