Sabtu, 24 April 2010
Pindah ke IPB
Salam sejahtera & salam hormat,
Disini ada beberapa maklumat berkaitan penempatan baru UUMKL ke Institut Profesional Baitulmal (IPB), Jalan Perkasa of Jalan Kg Pandan:-
Pilihan Tempat Penginapan di IPB:
1) Asrama di IPB:
-Boleh disewa oleh para pelajar UUMKL, namun begitu ianya bergantung kepada kekosongan. Bayaran penginapan di asrama IPB adalah RM10/seorang semalam.
2) Penginapan di Kompleks Sukan Kg Pandan:
Sekiranya asrama penuh, pihak MPP akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan penginapan di Kompleks Sukan Kg Pandan dengan kadar bayaran RM20/seorang semalam.
3) Hotel Maluri:
Kepada yg berkemampuan dan inginkan lebih keselesaan pula bolehlah menginap di Hotel Maluri. Untuk booking bleh call 03-92878833. Promotion Rate=RM198(2 breakfast). Korporat Rate=RM145(1 breakfast, jika 2 org bleh tambah RM25 utk bfast)..
Fasiliti di IPB:
-kafeteria.
-perpustakaan*.
-cyber cafe.
-kedai stationary.
-kedai makan.
*Penggunaan perpustakan IPB akan dikenakan bayaran yuran bulanan/tahunan.
Pengangkutan dari LRT Maluri ke IPB:
Pihak PACE boleh menyediakan perkhidmatan bas/van kepada pelajar secara berkala bagi perjalanan dari LRT Maluri ke IPB dengan tambahan bayaran ke dalam yuran para pelajar.
Isu Perpindahan Lokasi Pembelajaran dari tempat lama ke IPB:
Terdapat beberapa syarat yg diperlukan oleh universiti bagi mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi pendidikan luar kampus. Tempat lama dikatakan tidak menepati spesifikasi piawaian (tempat pembelajaran) yg ditetapkan oleh MQA untuk mengiktiraf program2 yg ditawarkan oleh universiti. Selain itu suasana di IPB lebih menjurus ke arah kecemerlangan akademik dan menampakkan suasana 'campus life'.
Isu2 lain tu sy rasa mungkin ada tp xperlu cakaplah kan... Contohnya mcm sy sendiri la, tiap kali nak parking masa kita kat tempat lama, khasnya time nak bayar parking mesti akan bertekak.... mana yg tahu hangpa faham sendiri sudah la...
Komen:
Baru2 ni saya, En. Mizi & En. Kamarol ada pergi ke IPB utk hantar asimen. Pada pandangan saya yg kerdil ni nampaknya tempat ni lebih selesa lah berbanding di tempat lama. Apa yg paling penting dan terasa sekali tempat ni lebih selesa adalah tempat parking keretanya serta tandas tidak perlu dibayar. [ save2.... :) ] Malah masjid pun bersebelahan je dengan IPB tu.... bleh jalan kaki jer.... tapi kalo waktu malam nak lepak makan2/santai2 tu xtau lagi coz belum ronda lagi,.... kekeke.... So far takat ni rasanya ok lah tempat ni berbanding tempat lama.... then mcm saya yg duduk jauh nun di penghujung Rwg..... Dulu kena bayar tol utk datang kelas, skang ni dah xpayah dah.... kekeke.... (save lagi...... untung2..... saya dah untung, u all saya xtau lah.... huhu...)
Cadangan kepada MPPUUMKL:
Kalo boleh buka lah satu blog/website b'coz bukan semua org ada facebook... mana yg pandai tentang facebook mungkin rasa senang tp kepada yg xtau pasal facebook mcm mana... Serta kalo boleh blog MPPUUMKL ni perlu dihebahkan agar diketahui oleh semua ahli2 MPP/pelajar PLK-UUMKL apabila ianya telah diwujudkan kelak...
Bak kata pepatah: Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.... Hanya ini sahajalah saluran kita sebagai ahli utk menyampaikan suara hati kita kepada pihak2 yg berkenaan.... Disamping itu para ahli termasuk saya dapat mengetahui apakah hak2 kita sebagai pelajar....!!!! Malah saya rasa mungkin ramai lagi rakan2 kita yg akan turut serta sekiranya mereka tahu bila mesyuarat2 MPP akan diadakan.... insyallah....
p/s: Sila betulkan saya jika ada apa2 perkara yg tersilap dlm ni.... huhu...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam,
BalasPadamtq atas cadangan tersebut..mmg ada bagusnya..
mengenai isu perpindahan, mmg byk sebabnya..cukuplah saya memberikan fakta yg tersebut shj..yg lain pelajar boleh nampak..
berkenaan IPB, much better nk dibandingkan dgn PW or KPTM (kami pernah rasa seminggu exam d KPTM)..
di IPB ni ada gerai2 makan yg buka sampai kul 1 pagi and saya tgk rakan2 kita melepak di situ la..
mengenai asrama, seperti yg dah saya war2kan dlm pjj group tu, kalau ada d klangan rakan2 yg perlukan asrama utk final exam ni boleh hubungi saya before 30 april 2010, 017-9256692..tq