Khamis, 26 Februari 2009
Nak test Movie Satu
Sajer jer nak cuba 'movie attach' satuuuu...
Ok sumer!!! slamat b'cuti rehat dulu in this week...
Next week maybe sy ngan Lil's ke N Lib kot!!
Ahad, 22 Februari 2009
Baby Lagi!!
Bismillahirrohmanirrohim....
Cerita pasal baby berpenyakit ni...ada satu lagi.
Baby ni namanya Feeza...kwn chat YM aku nye sepupu.
Ada 'tumor' di kepala.
Aku pon x tau apa itu tumor. Tapi cerita yang lebih lanjut...korang layari lah
http://miracleforfeeza.blogspot.com/
itu blog yang di create oleh kwn chat aku tu untuk sepupu dia.
Selasa, 17 Februari 2009
Kesian baby ni....
Doctor had advised for a heart surgery which must be done within 6 months from her birthdate. The cost of operation is about RM50K or more. Currently, she is admitted in NICU General Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. On top of that she also suffers Imperforated Anus. There is no hole at her anus like us. Doctor had done an operation at her stomach for temporary measures. They will only fix it permenantly by making hole at her anus after successfully done heart operation and after she is very stable. Actually, I don’t know how to write this correctly, but I am hoping that any people out there who has a good heart and sincerely to help my baby for an operation cost of RM50K.
News
السبت القادم سوف يحرق القران..... ادارة كارفورترفض المقاطعة وكنتاكي _ماكدونالز _ هارديز _ برجركنج _ وبيتزا هت- وستار بوكس قرروا شراء المنتجاتالدنمركية لتعويض خسائر الدنمارك قاطعوهم وانشر الخبر لان الدنمارك تريدحرق المصحف الشريف يوم السبت القادم في الساحة الكبرى في كوبنهاجن العاصمةكوبنهاجن ردآ على المقاطعة الإسلامية أرجوكم وحدوا الدعاء بأن يرسل اللهعليهم آيه من آياته ليكونوا عبرة للعالمين (لاتدعها تقف عندك بل أرسلهالا تمسحها ولا تغلق الصفحة امانة فى ذمتك ستسئل عنها يوم القيامة لا إلهإلا الله محمد رسول الله لاإله ألا انت سبحانك إنى كنت من الظالمين لم يدع بها مسلم فى شئ الا وقداستجاب الله له. .........الدعاء للراسل حتى ترد عليك الملائكة
Denmark is LoosingPlease don't let this mail stop in your pc.Assalaam O Alaikum,Great NewsHope you all know about the Denmark newspaper who made fun of our holyProphet PBUH and till now they do not regret... let us make them regretfor good...The Danish Ambassador, Prime Minister and Denmark NationalChannel; all are trying to do something just to stop the boycott byMuslims since last month through which their losses have reached 4billion Euro. If we continue to boycott Denmark products 7 months moreit could reach around 80 billion Euro's loss. Believers do not let thismessage stop in your PC. Please forward this text to as many Muslims aspossible ... Can't u spare 15 minutes in order to spread this messageamong Muslims ...
Ahad, 15 Februari 2009
Episod Ke-2....
Mcm mana nak buat assigment pun tak tahu... tapi kena buat jugak.. sesungguhnya kesilapan itu akan mengajar kita kearah kebaikan...
Next assigment sudah pun menunggu utk disiapkan....
Saya ada cadangan yg ingin dikongsikan bersama dengan anda semua... Ada senior sem3 menyarankan kepada saya supaya buat nota ringkas for every subject dengan membahagi-bahagikan kerja tersebut diantara rakan-rakan.. So apabila sudah siap, kita kumpulkan nota tersebut menjadi satu... dengan cara ini dapat menjimatkan masa berbanding kitaa sendiri yg membuat semua nota-nota ringkas tersebut... Ini cuma cadangan, so saya memerlukan feedback anda semua serta komen tentang perkara ini... adakah anda bersetuju atau sebaliknya ataupun anda memiliki pandangan yg lebih bernas lg.... sama-sama lah kita mencari satu jalan penyelesaian atau formula untuk memudahkan proses pembelajaran yg sedang kita lalui ini...
Akhir kata majulah sukan utk negara... majulah diri untuk bangsa... majulah diri untuk keluarga... (hahaha... apo yg eden mengarut ni...)
Adioussss...
hmmmmm....
wokeh...nak gi sambung buat brosure.... jumpa esok kat kelas..
Sabtu, 14 Februari 2009
Tension La!
Jumaat, 13 Februari 2009
Assignment dah siap Ker?
Korang sume macam mane wat keje last minit best x?
Hahaha, padan muke kite sume...tapi nak buat cemana kan..Inilah yang dinamakan pengorbanan. Bukan senang nak mendapat sugulung ijazah( la ni pakai gulung lagi ke? x kot..zaman BK 18 tahun dulu ye la kot...tapi dah expired..hahaha)
Dengan komitmen kerja...yang dah berumahtangga tu pulak..komitmen keluarga..yang ada anak kecik lagi la susah...tengah wat assignment...sambil dukung anak(BK la tu)jangan marah ye bro BK...
Aku amat bersyukur, walaupun banyak dugaan dan ujian yang menimpa aku lately ni..aku dah pun berjaya menyiapkan tugasan yang perlu dihantar besok(tapi xtau la bagus ke x?betul ke x cara aku?) At least aku dah pun menyiapkan nye...cuma satu je lagi, aku masih belom copy ke dalam cd iaitu brochure untuk subjek Bahasa Melayu Pengurusan. Tapi aku dah print untuk edaran besok...Bisnes beb!! cari duit lebih sket...yang penting 'halal'
Aku amat berterima kasih kepada sume kengkawan yang selama ini memberi sokongan dan dukungan...Walaupun aku amat lah bizi dengan komitmen kerja yang membuatkan aku terdampar kesepian..opppss...silap...terdampar keletihan.
Aku harap korang sume pon dah siap dan aku pasti korang nye lebih gempak gempita sbb korang yang ajar aku...mesti la korang lagi terer kan sifu? Setidak-tidak pun yang tinggal hanya untuk wat finishing je malam ni...pastu leh la enjoy(yang ada pasangan tu lagi la enjoy..dah berapa malam bz..xdapat)
Good Luck untuk semua...Teruskan perjuangan...
Alhamdulillah...
Khamis, 12 Februari 2009
FinAL TouCH
---perhatian! pengantar pengurusan guna nama En Faizal sahaja...tadi dah confirm ngan en mokhtafizam...dia kata pakai ja nama EN FAIZAL......kulit depan pakai kertas biasa saja untuk semua tugasan...tak perlu kulit keras... asal guna warna yang betul......CD hendaklah letak dalam sampul dan di completekan dengan butir2 yang dikehendaki...sekian....pentadbiran awam-putih, pengurusan awam & titas biru, cd dalam sampul.....
harap maklum
Untuk Renungan Bersama
Internet Broadband Modem
Item ini adalah HSDPA Modem yang sedang hangat di pasaran. Item yang aku jual ini adalh confirm 100% original kerana supplier aku adalah TENTEN iaitu distributor yang supply item ni pada Celcom. Modem ini boleh digunakan untuk semua operator di Malaysia, Maxis, U Mobile, Digi dan semestinya Celcom. Harga kalau beli di mana-mana pengedar lain atau celcom sendiri, RM699...aku bagi diskaun pada korang semua. Korang hanya perlu bayar pada aku RM450 je....dah jimat RM249 kan? Banyak tuuu!!!
Selain itu, aku juga buat registration untuk Celcom.. Pilih la pakej RM 68 atau Rm98. Dua-dua Unlimited used.
Kereta oh kereta...
Salam kepada semua sahabat2 sekalian,
Disini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman & gambak kemalangan yg dialami oleh salahseorang dari sahabat kita yang sempat saya ambil ditempat kejadian akibat kemalangan.
Hati mana yg tidak kecewa, hati mana yg tidak hancur, hati mana yg tidak berasa spoil... kalau sesuatu miliknya berlaku kerosakan... dikala kepala pun tengah serabut nak menyiapkan assigment...
Gambar maybe tak berapa jelas kerana gelap... tapi hakikatnya, teruk jugak... apapun hanya tuan punya kenderaan ini yg merasakan peritnya...
Just for sharing....
hebat Sungguh dugAan & uJian daripada Allah S.W.T.
Rabu, 11 Februari 2009
Masih Ada yang Belom Sentuh???
Penat?
Aku nye struggle wat asg sampai aku demam arini. Semalam demam sket je. Arini aku dah demam kow2 nye demam. Tapi tadi aku berselubung. La ni dah kebah la. Tapi x tau la kalau satg dia mai balik
Yang lain2 cemana? jgn la berdiam diri aje....sampai2kan la khabar pada geng....
PeNatNYE.......
ASAS PENTADBIRAN AWAM
Kemajuan pentadbiran Negara Malaysia bertitik tolak daripada jentera pentadbiran awam yang cekap, berkesan, serta produktif. Perkembangan pentadbiran awam di Negara kita secara awalnya bermula dari pelbagai aspek di mana ianya merangkumi pembentukan polisi jangka panjang,peningkatan budaya kerja yang berkualiti, pembaharuan di dalam sektor penyelidikan iaitu sanis dan teknologi dan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti kepada rakyat.
Pembentukan Polisi Jangka Panjang
Polisi merupakan satu dasar yang telah digubal bagi kepentingan dan faedah kepada Negara serta rakyat. Kejayaan sesebuah polisi bergantung kepada sejauh manakah keberkesanannya kepada pembangunan Negara. Malaysia merupakan sebuah Negara yang amat bertuah kerana memiliki para pemimpin yang berkaliber dan berwibawa bagi mewujudkan pelbagai polisi jangka panjang, sebagai contoh, dalam era kepimpinan bekas Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak, beliau telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. Objektif dasar ini diperkenalkan adalah untuk;
Jawapan Khalil
Wah, hebat ni... boleh tau aku kat mana... bleh jadi penyiasat ni.. 007.. jeng.. jeng.. jeng.. Namun aku juga tahu niat mu wahai Cheloi82 ingin meminta mc untuk membuat assigment jugak kan? Betui tak? betui tak? Jangan lah segan2 meh lah sini... Join me..Anyway, ini salah satu usaha murni & pengorbanan yg aku "paksa rela" lakukan pada pagi ini bersamaan 10 Februari 2009... Aku tiba di perpustakaan ini seawal 9pagi & mendapati ianya hanya dibuka pada jam 10pagi.. Apa bleh buat, den tungguu jo lah.. Namun demikian sekiranya ada hamba-hamba Allah SWT yg lain yg ingin turut serta... sy sgt2 berbesar hati mendengarnya... sesungguhnya, lecturer2 kita telah berfirman bahawa "Sebarang alasan kelewatan penghantaran tugasan TIDAK akan diterima." Oleh itu tiada siapa yg akan dapat membantu diri kita melainkan diri kita sendiri... (cewah, mcm cikgu pulak..) Satu lagi cadangan bernas yg ingin sy syorkan kpd anda semua adalah dengan memasuki website UUM & clik pada "Drop Subjek".. Lepas tu sy berani mengatakan bahawa anda pasti akan berasa gembira & tenanggg... huhu...
2009 Februari 10 11:47
Selasa, 10 Februari 2009
Haziq kena culik????
Haziq ni salah seorang geng kita yang agak aktif dalam pertemuan-pertemuan diskusi yang kita rencanakan. Mamat ni sebenarnya budak BBA, tapi oleh kerana ramai geng kat BPM, dia pon dah apply tukar kos BPM.
Dia juga salah seorang penyumbang ide-ide yang bernas. Tapi, pada diskusi ke-2 di National Library....dia x muncul. Petang tu ada grup discussion untuk Subjek Sains Sosial, tapi dia tak muncul gak. Geng grup aku ada 5 org, Aku, Sunita, Mija, Mastura & Haziq. Mastura yang becok tu x datang, Dah haru dah sbb dia penyumbang utama dan tajuk assignment pun kami sume ikut pilihan dia. Dah tu, Haziq pon x datang....tinggalla aku ngan sunita ngan mija...kami pon wat keputusan untuk cari Info dan kumpul bile jumpa lagi nanti.
Yang misterinye....ke manakah Haziq menghilang? Adakah benar dia diculik? Hish.....erm....aku dapat info yang mengatakan beliau telah diculik oleh pemandu bas express. Pemandu bas tu culik dia bawak lari straight je pastu tinggal kan dia kat Shahab Perdana(Adecit Poodahh...Balik kampung rupanya mamat ni)
Erm...kerana ketiadaan dia, semangat aku pun agak berkurangan la sbb dah kurang sorang. Tapi..aku harap sangat Haziq baca apa yg aku tulih ni. So, dia leh la respon. Balik kampung pon ingat wei.....hang grup ngan aku 2 subjek....banyak markah tu....huhuhu
Bukan aku aje yang dok tanya-tanya si Haziq ni, BK, Qasehzila, Lil's, Shida pon ada tanya hang wahai Haziq.
Woi!!!nanti jgn lupa bawak mai kat aku tembakau dari kampung wei...beli la buang 2-3 tahil.
K.Adiosss...jumpa di kelas ujung minggu ni.
PENGANTAR SAINS SOSIAL (MJA 1013)
Dan yang trensfer kredit ni amik subjek sem 2 iaitu Pengantar Sains Sosial.
Bagi subjek ini, tugasan perlu dihantar pada pertemuan ke3. Yakni pada bulan Mac.
Soalannya adalah,
Setiap individu dikehendaki menyiapkan satu penulisan berkaitan topik-topik yang disenaraikan :
i) Teori Evolusi
ii) Teori perubahan sosial
iii) Teori Interaksi Simbolik
iv) Teori Modenisasi Klasik (Rostow)
v) Kelompok Sosial
vi) Teori Sub-budaya Kemiskinan
vii) Teori Maslow
Penulisan mestilah dengan gaya penulisan ilmiah dan format yang dinyatakan dalam panduan. Jangan sesekali meniru gaya-gaya artis seperti Siti Nurhaliza, M.Nasir, P.Ramlee, Kumpulan Spider, Meet Uncle Hussien atau yang lain-lain.
K, selamat menyiapkan tugasan anda....Babai
Khalil di Mana?
Pagi tu, aku pun x berapa sehat.Aku dalam keadaan yang agak men'demam'kan. Erm, demam sebab x siap Assignment kot..Aku pun kurang pasti la! Yang pasti, aku berada di opis dan berpeluang menyiapkan sedikit kerja di pejabat walaupun aku bercadang untuk ke Klinik sebentar lagi kerana kepala otak aku dah x tahan dengan pening dan idung aku tersumbat dengan air-air hingusan.Huhuhu! Cian kat aku
Setelah ku selidiki, Khalil sebenarnya berada di Library (Fuh!..dah tau jalan g library) Hehehe..
Beliau sedang berusaha menyiapkan assignment-assignmentnye. Kepada bos-bos kat TNB tu...kalau cari khalil x jumpa..cuba g wat spot check kat library memana...hahahaha
Kepada geng2 yang lain, aku pasti korang juga sedang berusaha menyiapkan semua tugasan...Walau pun kita rasa amat burden dengan semua ini..tapi kita terpaksa lakukan juga. Tabahkan hati korang dalam menempuhi cabaran dan liku-liku sebagai Maha'siTua'.
Walau apapun, aku harap ramai yang dapat menghantar semua tugasan ujung minggu ni. Aku juga nak amik kesempatan ucapkan TQ seTQ TQnya kepada sume kwn2 yang saling bekerjasama memberi dorongan dan sokongan antara satu sama lain. Itu la pemangkin motivasi dan menjadi pembakar semangat untuk kita semua dalam mengharungi segala rintangan dan cabaran sepanjang kita bergelar Maha'siTua' ni.
Adioss...!!! (aku ni dok menulis kat blog...assignment aku x siap lagi...Huhuhu!)
Sabtu, 7 Februari 2009
library o library
Group Discuss 2
Aku, Khalil, Cheloi, Qaseh & Shima kat tingkat 3 Nasional Library...kali ni Epul ngan Kamarul join sama..
Pening gak nak cari buku.. maklum ler kali pertama kat sini.. aku pun dah 18 tahun tak masuk mana-mana library... sib baik ada Zila, dia tolong cari buku...
Dengar cite..ramai yang datang ni tersesat masuk pusat darah negara..har..har..har....memang sah x penah datang library.
Tapi sume sampai dengan selamatnye di nasional library. Walaupun teraba-raba nak datang sini.
Kehadiran Kamarul@Panjang dan epol menambahkan lagi keserian nasional library ni.
Aku ngan cheloi a.k.a. hj alias ingatkan x ramai org datang library, rupanya ramai la sesangat sampia nak parking pon susah. Ternyatalah bahawa kami berdua ni memang x penah menghadirkan diri di library ni. Tapi, inilah permulaan yang insyaAllah akan memberi cahaya untuk masa depan kami.
Selasa, 3 Februari 2009
Assignment 5 - Pembangunan Masyarakat
Tajuk tugasan ialah :-
" Untuk melaksanakan sesuatu projek, biasanya tinjauan dibuat terlebih dahulu untuk mengenalpasti sebab-sebab projek berkenaan dilaksanakan. Anda dikehendaki membuat satu analisis keperluan (needs analysis) terhadap projek yang hendak anda laksanakan."
(Analisa Keperluan aanda hendaklah merangkumi aspek-aspek ekonomi, sosial, politik dan agama. Pada bahagian akhir tugasan, anda dikehendaki menyediakan sebuah Carta Gantt untuk meringkaskan peracangan perlaksanaan projek anda.)
Assignment 4 - Bahasa Melayu Pengurusan
" Anda dikehendaki menyediakan sebuah iklan tentang sesuatu produk atau perkhidmatan berbahasa Melayu yang ingin dipasarkan."
Contoh produk- pakaian,kecantikan, makanan.
Contoh perkhidmatan - hiasan dalaman, katering, perancang perkahwinan dan pelancongan.
- Cara mengiklan menggunakan salah satu daripada berikut - Laman Web, Pamplet, Brosur atau Blog.
- Tugasan hendaklah dihantar dalam bentuk cd (soft copy)
- Penggunaan bahasa Inggeris tidak digalakkan.
- Tugasan perlu dihantar pada pertemuan kedua (Februari 2009).
Klik kat ULASAN kat bawah jika anda ingin berkongsi sebarang info dll..
Assignment 3 - TITAS
Ada 3 tajuk untuk assignment TITAS ni...
- "Krisis Ketamadunan Manusia - Relevankah Teori Ibnu Khaldun"
- "Sejauhmanakah sistem ekonomi Islam boleh menjadi pemangkin kestabilan ekonomi dunia"
- Keruntuhan moral di kalangan remaja, siapakah yang harus dipersalahkan"
Assignment ni kena hantar pada pertemua kedua ( Februari 2009).
Sesiapa yang nak berkongsi info atas ketiga-tiga tajuk ni... silalah klik kat ULASAN kat bawah.
Assignment 2 - Pengantar Pengurusan
" Sediakan ringkasan artikel berkaitan isu pengurusan berdasarkan jurnal berkaitan pengurusan"
- Jurnal yang dirujuk mestilah jurnal berbahasa Inggeris (3 pages or more)
- Jurnal tersebut hendaklah berkaitan dengan pengurusan sahaja
- Gunakan format APA
- Lampirkan artikel asal
- perlu hantar pada 14 Februari 2009
So macam biasa.. sesiapa yang nak kongsi apa sahaja pasal topic ni, sila klik kat ULASAN kat bawah posting ni...tq
Assignment 1 - Asas pentadbiran Awam
"Bincangkan perkembangan pentadbiran awam- pilih mana-mana negara, bincang dan bandingkan pentadbiran awam negara tersebut dengan pentadbiran awam diMalaysia"
- cari mana-mana jurnal
- buat perbandingan dengan Malaysia
- tugasan lebih kurang 10 muka surat
- kena submit pada 14 Februari 2009
- jurnal kena disertakan sekali bersama tugasan.
So pada kengkawan yang nak bagi idea, cadangan, kerangka or share any infomation o this subject... boleh ler gi kat ULASAN kat bawah posting ni... (sebelah perkataan DI CATAT OLEH BK DI .....) - klik kat ULASAN.... and post your comment or what so ever... tq
Isnin, 2 Februari 2009
Group Discussion 1
Jadi Student..
Otak aku pun dah berkarat.. maklum ler dah 21 tahun tinggalkan sekolah menengah.. diploma aku pun dah 18 tahun umur (lagi tua dari anak aku yang sulong) ... masa daftar kut-kut ler dapat transfer credit... hampeh!!!, ada ke patut diorang kata aku nyer diploma dah 'expired'... so apa boleh buat, kena le start balik dari mula...
So, kepada semua kengkawan... jom study, buktikan kepada semua terutama pada diri kita sendiri yang kita 'boleh'.... selamat datang ke alam mahasiswa/mahasiswi ataupun untuk orang cam aku ni... dipanggil 'mahasiTua'.... hehehheeh