Fuhhh!!! Hari demi hari, minggu demi minggu....kini tibalah minggu terakhir dan boleh juga dikatakan hari-hari terakhir menjelang Pertemuan ke 2.
Pelbagai tugasan dari pelbagai subjek telah pun kita terima dan saki baki hari yang tinggal ni la peluang yang ada untuk menyiapkan tugasan-tugasan tersebut.
Beberapa geng telah pun menyatakan yang mereka telah menyiapkan sebahagian besar tugasan yang diterima(termasuklah aku), namun masih ada geng yang belum lagi menyentuh waima sedikit pun tugasan.
Apakah nasib yang akan kita dan mereka tempuhi?
Hanya diri sendiri aje yang mampu untuk tentukan,.... harus bagaimana lagi? Berusahalah untuk menyiapkan semua tugasan dalam tempoh yang singkat ni....Peluang telah pun diberikan...tempoh sudah diberikan....hanya usaha sebagai penentu. Siapa yang berusaha lebih, insyaAllah habuannya akan lebih. Sudah pasti akan dapat banyak isi-isi & info-info berkaitan tugasan. Tentu banyak maklumat yang dapat diisi dalam helaian-helaian muka surat kendungan tugasan yang akan di submit.
Ermmm,.,,....Tadi aku baru je kontek salah sorang geng...Nana...aku x berapa pasti sgt minah ni keja kat jabatan mana. Yang aku tau, kat jalan attap n dia ni geng ngan geng2 dia dan ada gak yang ckp ngan aku dia ni n geng dia x campur org...mcm kera sumbang. Tapi aku xnak komen kata-kata org tu. Itu pandangan peribadi dia. setakat ni aku x de masalah la ngan si Nana ni. Yang agak mengejutkan aku, dia kata dia belom sentuh apa-apa tugasan. Fuishhh....biaq betoi...
Ermmmm...yang menjadi persoalan disini....dan isunya sudah pasti bukannya Nana..atau Mila,,,,..atau sesapa je...ini adalah umum. Isu tidak menyiapkan tugasan. Aku harap sangat memana geng yang belom menyiapkan tugasan mereka tu, berusaha lah untuk menyiapkan nya. Kalau x sempat nak cari buku-buku, bukak la mana-mana web...search la kat google...melalui blog ni, insyaAllah..ada la kwn2 yang akan cuba bantu..walau di mana jua anda berada...kita boleh kekal berhubung. Kepada sesapa yang belom ada internet tu...ha..boleh beli Modem ngan aku n register Celcom ngan aku, aku jamin harga aku termurah dalam pasaran untuk Item tersebut. (promote la pulak!!!!)
Erm.... Akhir kata, "siapkan lah tugasan anda....kalau x..anda la yang perlu bersiap sedia"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan