Khamis, 12 Februari 2009

hebat Sungguh dugAan & uJian daripada Allah S.W.T.


Assalamu'alaikum pembuka kata,

Salam Sejahtera pemula bicara.


Kita sume sure terkenang-kenang bagaimana lah agak nya rupa ujian yang bakal kita hadapi mostly on 4th Meeting. Tapi pernahkah kita terpikir tentang ujian yang telah, bakal, atau sedang kita hadapi. Yang x pernah kita terduga akan kita hadapi.


Nak dijadikan story mory, semalam aku telah mengadakan suatu pertemuan dengan Khalil(bukan pertemuan sulit) di hadapan sebuah kedai perabut di Sg Buloh. Kemudian, aku pon ajak la beliau pi minum. Dalam dok minum2, terdetik lah dihati untuk join Mizi(BK) di Shah Alam dan bersama-sama menyiapkan tugasan yang dateline nya sangat hampir. Aku pun menyuarakan pandangan itu kepada Khalil. Tanpa berfikir panjang, beliau pon bersetuju.


Selepas itu, bermulalah satu episod perjalanan yang penuh liku-liku diiringi batu-batu jalan yang berdebu-debu kotaraya. Seperti yang kita semua tahu dan sentiasa sedar, malang itu tidak berbau. Hanya lebih kurang 3km nak sampai ke kediaman Mizi(BK), aku yang sedang pening-pening nyamuk ketika itu, telah pon merempuh sebuah Proton Wira semasa nak mengharungi sebuah bulatan yang diberi tajuk, Bulatan Megawati. Aku terdiam, kaku menahan, pilunya di pinggir hatiku, separuh nyawa aku menahan sebak di dada. Aku berhenti di bahu jalan dan hampir rebah apabila melihat keadaan Isteri Pertama aku tu. Aku terbaring seketika di bahu jalan(bukan pengsan, tapi sedih). Isteri kesayangan aku remuk di bahagian hadapan(ish, remuk ke?) bonet jadi bengkok?xtau macam mana nak cakap la.Kiranya remuk la di bahagian hadapan.

Kemudian, apabila aku tersedar dari lamunan, ku lihat kereta Wira tu nye driver dok tunggu aku datang kat dia. Aku pon pi la kat dia, lagi teruk dari keta aku die nya remuk.


Pastu Mizi datang dan beliau membawa kami semua menuju ke IPD Trafik Shah Alam. Buat repot, aku kena saman. Sbb aku langgar belakang. Langgar, bukan main belakang ekkk!!


Kesedihan aku terbawa-bawa sehingga ke hari ini. Sungguh berat ujianmu wahai Tuhan. Tapi aku bersyukur, kerana aku tahu...ada orang lain yang terima ujian yang lebih berat lagi.


Kat atas tu gambaq keta aku(tapi gambar tu diambil sebelum kejadian malam tadi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan