Khamis, 4 November 2010

TERKINI - MAKLUMAN EXAM

ALOR SETAR - Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa menangguhkan peperiksaan akhir yang dijadual berlangsung pada Isnin hingga 3 Dis ini atas sebab-sebab keselamatan dan juga banjir.
Naib Canselor UUM Prof Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, tarikh baru untuk peperiksaan itu adalah pada 21 November hingga 13 Disember ini.
"Kita membuat keputusan itu selepas mengambil kira nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pusat Gerakan Banjir Negara,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, antara sebab penangguhan peperiksaan itu ialah jalan utama yang menghubungkan UUM dengan Alor Setar yang melibatkan Lebuh Raya Utara-Selatan ditutup dan pada masa yang sama Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim juga ditutup kerana banjir. - Bernama
sumber : kosmo

Makluman Rasmi UUM -LIVE-

Salam Sejahtera Semua,

Untuk makluman rakan-rakan semua, berita TV3 jam lebih kurang 8.15pm tadi (4.11.2010) ada menyiarkan makluman secara rasmi drpd UUM berkaitan penangguhan peperiksaan akhir UUM pada 12 Nov-13 Dis 2010. Sila lihat pada bahagian bawah gambar yang saya telah captured tadi:-










-Harap Maklum Geng Semua-


Maklumat Terkini

Tarikh baru peperiksaan Akhir semester:

21 - 25 November 2010
Jadual peperiksaan adalah sama cuma tarikh jer berubah

Harap maklum.

PENGUMUMAN PENTING - EXAM TANGGUH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Makluman terbaru yang diterima dari pihak UUM dan telah diconfirmkan oleh En. Mokhtafizam - Peperiksaan Akhir Semester yang dijadualkan bermula 9 - 13 November 2010 telah diTUNDA ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Peperiksaan Akhir ini terpaksa ditunda ekoran BANJIR besar yang melanda Utara Semenanjung termasuk UUM serta Negeri Kelantan.

Berkemungkinan besar Peperiksaan Akhir ini akan diajalankan pada penghujung November atau awal Disember 2010

Sebarang maklumat terkini akan di updatekan dari masa ke semasa.

TQ

Ahmad Termizi
Timbalan Yang DiPertua
Majlis Perwakilan Pelajar
UUM KL

Selasa, 12 Oktober 2010

Isnin, 11 Oktober 2010

Slide Pejabat & Ekonomi

Salam Sejahtera kawan2,

Harap maaf saya tidak dapat untuk upload softcopy slide pejabat & ekonomi kerana sy mengalami masalah dgn pendrive sy. Sy terpaksa format pendrive sy tu yg mengandungi slide2 pejabat & ekonomi akibat diserang virus.

So kalo u all ada simpan atau dapat contact dgn lecturer utk dapatkan slide2 tu semula. u all tolong lah emailkan kpd sy supaya sy bleh masukkan dlm blog ni..Segala kerjasama tuan-puan amat lah sy hargai.. TQ...

Penghantaran Tugasan 5 (Ekonomi)

Haji Sallahuddin
Kolej Sastera & Sains
Bangunan Ekonomi & Pelancongan
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok, Kedah.
04-9283596

Wajah-Wajah 2 Oktober 2010














Selasa, 5 Oktober 2010

Khamis, 30 September 2010

BBQ RAYA EVOLUSI MAYA..

PERHATIAN KEPADA KAWAN2 TEAM EVOLUSI MAYA....,

Kita akan mengadakan BBQ RAYA seperti berikut :-

Tempat : Halaman Rumah Penginapan JPS, Gombak (Gurl je bley tdo ctu, boboy tpt lain,
boboy leh bbq jer kat ctu)- no 3, kediaman rasmi jurutera daerah jps gombak, gombak.

Tarikh : 1 Oktober 2010

Jam : Pada sebelah petang , Jumaat...

Diharap kawan2 dapatlah kiranya membawa kueh raya, makanan tambahan jika berkesempatan sbg cth : sosej ker , daging burger ker, terpulang pada kawan2 semua. segala pertanyaan bolehlah menghubungi syida.

* Menghilangkan penat lelah kita pada sebelah pagi dan perjalinan ukhwah antara sesama kita, buang yg keroh ambil yg jernih....support team kita k. muah3x peralatan syida akan sediakan, kita hanya membawa bekalan sedikit seorang, sikit2 lama2 jd bukit.

Selasa, 28 September 2010

Raptai Pada 1 Oktober 2010 (Jumaat)

Salam Mesra buat Yang Amat Berhormat Semua,

Saya selaku Biro Media & Siar Raya ingin menjalankan tugas saya untuk memaklumkan bahawa projek kita akan berlangsung sepertimana yang telah kita jadualkan tidak lama lagi. Selain daripada medium email, blog turut menjadi penghubung utama serta makluman utama dalam kumpulan evolusi maya bagi menjayakan projek kemasyarakatan kita. Rasa tanggungjawab serta ownership dalam memberikan komitmen untuk memberikan sumbangan tidak kira dalam bentuk apa skali pun samada tenaga, wang ringgit & pengorbanan adalah amat-amat dihargai & diperlukan daripada seluruh ahli kumpulan evolusi maya. Justeru itu berdasarkan mesyuarat yang telah dilakukan beberapa kali baru-baru ini diantara ahli-ahli kumpulan evolusi maya yg dapat hadir bersama pengarah projek telah membuat ketetapan seperti berikut:-

1) Semua ahli diminta utk hadir lebih awal pada 1.10.2010(Jumaat) untuk membuat persiapan akhir sebelum 2.10.2010(sabtu) program berlangsung. Kehadiran daripada seluruh ahli kumpulan evolusi maya adalah diwajibkan.

2) Disarankan semua ahli membawa lebih pakaian persalinan kerana terdapat pelbagai aktiviti yg akan dilakukan pada 1.10.2010(jumaat) dan 2.10.2010(sabtu). (mungkin aktiviti yg dilakukan akan menyebabkan pakaian akan basah/kotor dan ada juga aktiviti senaman pada waktu awal pagi sabtu oleh fasilitator terlatih, so seluar track pun kena bawaklah dgn kasut sukan)

3) Setiap ahli kumpulan evolusi maya adalah diwajibkan untuk menyumbang 1 bungkus beg plastik hitam untuk aktiviti gotong-royong.

4) Memakai baju t-shirt berwarna merah pada hari sabtu.(dibawa sendiri)

5) Sila berikan saiz baju anda pada 1.10.2010 utk tujuan penempahan baju korporat kita.

6) Slot bio-indicator kita akan run sendiri dgn tunjuk ajar drpd org JPS... slot ni senang jer, so hari jumaat tu kalo kita buat latihan skit mesti dah bleh jadi fasilitator dah..... so memang planing org JPS beri penghormatan kpd kita utk run program ini. harap dpt kerjasama drpd semua ahli kumpulan.

7) Lain2 perkara berbangkit akan dibincangkan pada hari 1.10.2010(jumaat) ini.

Yg menurut perintah,

( biro media & siar raya)

Ahad, 26 September 2010

Tugasan 4 (Ekonomi)

Kepada rakan2 yg xde/xdpt salinan softcopy tugasan rentetan dr pertemuan 3 baru2 ini. Silalah ambil disini:-

Ekonomi Dlm Pengurusan = Tugasan 4

Semester 5 Januari 2011 = Jadual Waktu Kuliah Sem 5, 2011/12