Khamis, 26 Februari 2009

Nak test Movie Satu

Sorii geng sumer...
Sajer jer nak cuba 'movie attach' satuuuu...
Ok sumer!!! slamat b'cuti rehat dulu in this week...
Next week maybe sy ngan Lil's ke N Lib kot!!

video

Thanks BK

10Q kerana sudi menjemput saya sbg 'author' utk blog nie....
Thanks a lot....

Ahad, 22 Februari 2009

Baby Lagi!!

Ermm....salam...
Bismillahirrohmanirrohim....

Cerita pasal baby berpenyakit ni...ada satu lagi.
Baby ni namanya Feeza...kwn chat YM aku nye sepupu.
Ada 'tumor' di kepala.
Aku pon x tau apa itu tumor. Tapi cerita yang lebih lanjut...korang layari lah

http://miracleforfeeza.blogspot.com/

itu blog yang di create oleh kwn chat aku tu untuk sepupu dia.

Selasa, 17 Februari 2009

Kesian baby ni....


This is my baby girl. Her name is Nur Aimy Sabrina. She was born on 20th Jan 2009. However she has a congenital heart disease since born. She suffers Truncus Arteriosus.


Doctor had advised for a heart surgery which must be done within 6 months from her birthdate. The cost of operation is about RM50K or more. Currently, she is admitted in NICU General Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. On top of that she also suffers Imperforated Anus. There is no hole at her anus like us. Doctor had done an operation at her stomach for temporary measures. They will only fix it permenantly by making hole at her anus after successfully done heart operation and after she is very stable. Actually, I don’t know how to write this correctly, but I am hoping that any people out there who has a good heart and sincerely to help my baby for an operation cost of RM50K.


If you are willing to help my baby you can donate at Maybank Account No: 164 1820 08035 (Maiziah Bt Mat Nor , baby’s mother) I would really appreciate your help and sincerity by giving new life to my baby. For verification, do contact the hospital at 04-7406233 and ask for NICU Ward Intensive Care Unit. The name of the mother (my wife) is Maiziah Mat Nor. Thank you

Yours

Faiz Haikal
(the father of the baby)

News

The Holy Quran will be burnt on nextSaturday !!!!!!!Carrefour refused to boycott Israeli/American/Denmark Products.KFC ( Kentucky Fried Chicken), McDonalds, Hardees, Burger King, PizzaHutt & Starbucks have decided to buy Denmark Products to save theirlosses.Boycott Denmark Products and Circulate this news to whoever you can!!!!!Denmark wants to Burn the Holy Quran on next Saturday in the largegrounds in Coppenhagen (capital city of Denmark ), in reply to theIslamic Boycott on their products.Please let's get together to boycott their products, and pray to AllahAlmighty to show them the result of their intentions, which will be alesson for the whole world. Forward this to as many friends as you can.

السبت القادم سوف يحرق القران..... ادارة كارفورترفض المقاطعة وكنتاكي _ماكدونالز _ هارديز _ برجركنج _ وبيتزا هت- وستار بوكس قرروا شراء المنتجاتالدنمركية لتعويض خسائر الدنمارك قاطعوهم وانشر الخبر لان الدنمارك تريدحرق المصحف الشريف يوم السبت القادم في الساحة الكبرى في كوبنهاجن العاصمةكوبنهاجن ردآ على المقاطعة الإسلامية أرجوكم وحدوا الدعاء بأن يرسل اللهعليهم آيه من آياته ليكونوا عبرة للعالمين (لاتدعها تقف عندك بل أرسلهالا تمسحها ولا تغلق الصفحة امانة فى ذمتك ستسئل عنها يوم القيامة لا إلهإلا الله محمد رسول الله لاإله ألا انت سبحانك إنى كنت من الظالمين لم يدع بها مسلم فى شئ الا وقداستجاب الله له. .........الدعاء للراسل حتى ترد عليك الملائكة

Denmark is LoosingPlease don't let this mail stop in your pc.Assalaam O Alaikum,Great NewsHope you all know about the Denmark newspaper who made fun of our holyProphet PBUH and till now they do not regret... let us make them regretfor good...The Danish Ambassador, Prime Minister and Denmark NationalChannel; all are trying to do something just to stop the boycott byMuslims since last month through which their losses have reached 4billion Euro. If we continue to boycott Denmark products 7 months moreit could reach around 80 billion Euro's loss. Believers do not let thismessage stop in your PC. Please forward this text to as many Muslims aspossible ... Can't u spare 15 minutes in order to spread this messageamong Muslims ...

Ahad, 15 Februari 2009

Episod Ke-2....

Assalamualaikum kepada semmua rakan-rakan & yg mengikuti blog ini.... Alhamdulillah, kita berjaya melalui Perjumpaan Kedua Kelas BPM UUM 2009 pada hari ini dan semalam... sesungguhnya minggu ini adalah minggu yg amat memeritkan.... kerana kita perlu menyelesaikan begitu banyak perkara dalam masa yg singkat termasuklah assigment...

Mcm mana nak buat assigment pun tak tahu... tapi kena buat jugak.. sesungguhnya kesilapan itu akan mengajar kita kearah kebaikan...

Next assigment sudah pun menunggu utk disiapkan....

Saya ada cadangan yg ingin dikongsikan bersama dengan anda semua... Ada senior sem3 menyarankan kepada saya supaya buat nota ringkas for every subject dengan membahagi-bahagikan kerja tersebut diantara rakan-rakan.. So apabila sudah siap, kita kumpulkan nota tersebut menjadi satu... dengan cara ini dapat menjimatkan masa berbanding kitaa sendiri yg membuat semua nota-nota ringkas tersebut... Ini cuma cadangan, so saya memerlukan feedback anda semua serta komen tentang perkara ini... adakah anda bersetuju atau sebaliknya ataupun anda memiliki pandangan yg lebih bernas lg.... sama-sama lah kita mencari satu jalan penyelesaian atau formula untuk memudahkan proses pembelajaran yg sedang kita lalui ini...
Akhir kata majulah sukan utk negara... majulah diri untuk bangsa... majulah diri untuk keluarga... (hahaha... apo yg eden mengarut ni...)

Adioussss...

hmmmmm....

Lama gak rasanya aku tak masukkan post baru kat blog ni... sibuk ler katakan.. tiap-tiap malam tido lewat... assignment punya pasal... thanks pada kawan-kawan yang tolong update blog ni... esp. kat Cheloi... siap boleh promote lagi modem dia kat blog nih....
wokeh...nak gi sambung buat brosure.... jumpa esok kat kelas..

Sabtu, 14 Februari 2009

Tension La!

Sekang aku dalam kelas Sains Sosial...erm...aku rasa penat sangat. Dengan keadaan kelas dari pagi tadi sampai tengah malam ni. Huhu....inilah dia...bukan mudah nak dapat degree nie. Terpaksa berkorban. Segala penat terpaksa ditanggung

Jumaat, 13 Februari 2009

Assignment dah siap Ker?

Ermm..aku lagi...dan aku lagi...aku lah penyumbang news terhangat di pasaran...(hahaha...over la pulak!)

Korang sume macam mane wat keje last minit best x?

Hahaha, padan muke kite sume...tapi nak buat cemana kan..Inilah yang dinamakan pengorbanan. Bukan senang nak mendapat sugulung ijazah( la ni pakai gulung lagi ke? x kot..zaman BK 18 tahun dulu ye la kot...tapi dah expired..hahaha)

Dengan komitmen kerja...yang dah berumahtangga tu pulak..komitmen keluarga..yang ada anak kecik lagi la susah...tengah wat assignment...sambil dukung anak(BK la tu)jangan marah ye bro BK...

Aku amat bersyukur, walaupun banyak dugaan dan ujian yang menimpa aku lately ni..aku dah pun berjaya menyiapkan tugasan yang perlu dihantar besok(tapi xtau la bagus ke x?betul ke x cara aku?) At least aku dah pun menyiapkan nye...cuma satu je lagi, aku masih belom copy ke dalam cd iaitu brochure untuk subjek Bahasa Melayu Pengurusan. Tapi aku dah print untuk edaran besok...Bisnes beb!! cari duit lebih sket...yang penting 'halal'

Aku amat berterima kasih kepada sume kengkawan yang selama ini memberi sokongan dan dukungan...Walaupun aku amat lah bizi dengan komitmen kerja yang membuatkan aku terdampar kesepian..opppss...silap...terdampar keletihan.

Aku harap korang sume pon dah siap dan aku pasti korang nye lebih gempak gempita sbb korang yang ajar aku...mesti la korang lagi terer kan sifu? Setidak-tidak pun yang tinggal hanya untuk wat finishing je malam ni...pastu leh la enjoy(yang ada pasangan tu lagi la enjoy..dah berapa malam bz..xdapat)

Good Luck untuk semua...Teruskan perjuangan...

Alhamdulillah...

Khamis, 12 Februari 2009

FinAL TouCH

hye kengkawan....mcm maner dgn tugasan semua?..hope semua berjalan dengan lancar... erm frust gak ni maklumat yang aku nak tak dapat ..nak wat camner tak der rezeki...anyway target aku malam ni nak siapkan semua tugasan...binding tape pun dah beli...

---perhatian! pengantar pengurusan guna nama En Faizal sahaja...tadi dah confirm ngan en mokhtafizam...dia kata pakai ja nama EN FAIZAL......kulit depan pakai kertas biasa saja untuk semua tugasan...tak perlu kulit keras... asal guna warna yang betul......CD hendaklah letak dalam sampul dan di completekan dengan butir2 yang dikehendaki...sekian....pentadbiran awam-putih, pengurusan awam & titas biru, cd dalam sampul.....

harap maklum

Untuk Renungan Bersama

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL. 2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye.. 3) Badminton ----- Golf ---- 4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow... 5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager... 6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather... 7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok .. 8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour... 9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong TETAPI... KITA JUGA LUPA.... SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA.... DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'... SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDI A AN UNTUK MATI' Umpamanya: 1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan..... 2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan.... 3) Bangi ---- madinah ---- mekah--- 4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/ 5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/m asjid . ... 6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU.... 7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir. 8) Apa - apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT. Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan.... . Contohnya: Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. ....... Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT. Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. .. dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya... infiniti... Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat. 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus .. 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka. 5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.. 7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.' Telah bersabda Rasullullah S.A.W: 'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:- 1. Orang-orang yang mati syahid. 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 3 . Orang berpuasa di hari Arafah.' Sekian untuk ingatan kita bersama. Wassalam. p/s: Kalau rajin... hmmm. .kalu rajin la.. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Internet Broadband Modem

Erm....ni la brochure aku untuk subjek Bahasa Melayu Pengurusan.. Brochure ni bukan sekadar untuk wat assignment je, tapi aku betol2 nak promote item ni kat korang sume....sesiapa yang berminat, boleh terus kontek aku. Anytime, barang akan terus dihantar ke pejabat atau rumah korang. Jangan lupa no tepon aku 0195646441 & 0175646041. Maklumat lanjut seperti tertera pada brochure tersebut la ye!!! (oopppss...kecik erk? xnampak?)

Item ini adalah HSDPA Modem yang sedang hangat di pasaran. Item yang aku jual ini adalh confirm 100% original kerana supplier aku adalah TENTEN iaitu distributor yang supply item ni pada Celcom. Modem ini boleh digunakan untuk semua operator di Malaysia, Maxis, U Mobile, Digi dan semestinya Celcom. Harga kalau beli di mana-mana pengedar lain atau celcom sendiri, RM699...aku bagi diskaun pada korang semua. Korang hanya perlu bayar pada aku RM450 je....dah jimat RM249 kan? Banyak tuuu!!!

Selain itu, aku juga buat registration untuk Celcom.. Pilih la pakej RM 68 atau Rm98. Dua-dua Unlimited used.



Kereta oh kereta...



Salam kepada semua sahabat2 sekalian,
Disini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman & gambak kemalangan yg dialami oleh salahseorang dari sahabat kita yang sempat saya ambil ditempat kejadian akibat kemalangan.
Hati mana yg tidak kecewa, hati mana yg tidak hancur, hati mana yg tidak berasa spoil... kalau sesuatu miliknya berlaku kerosakan... dikala kepala pun tengah serabut nak menyiapkan assigment...
Gambar maybe tak berapa jelas kerana gelap... tapi hakikatnya, teruk jugak... apapun hanya tuan punya kenderaan ini yg merasakan peritnya...
Just for sharing....

hebat Sungguh dugAan & uJian daripada Allah S.W.T.


Assalamu'alaikum pembuka kata,

Salam Sejahtera pemula bicara.


Kita sume sure terkenang-kenang bagaimana lah agak nya rupa ujian yang bakal kita hadapi mostly on 4th Meeting. Tapi pernahkah kita terpikir tentang ujian yang telah, bakal, atau sedang kita hadapi. Yang x pernah kita terduga akan kita hadapi.


Nak dijadikan story mory, semalam aku telah mengadakan suatu pertemuan dengan Khalil(bukan pertemuan sulit) di hadapan sebuah kedai perabut di Sg Buloh. Kemudian, aku pon ajak la beliau pi minum. Dalam dok minum2, terdetik lah dihati untuk join Mizi(BK) di Shah Alam dan bersama-sama menyiapkan tugasan yang dateline nya sangat hampir. Aku pun menyuarakan pandangan itu kepada Khalil. Tanpa berfikir panjang, beliau pon bersetuju.


Selepas itu, bermulalah satu episod perjalanan yang penuh liku-liku diiringi batu-batu jalan yang berdebu-debu kotaraya. Seperti yang kita semua tahu dan sentiasa sedar, malang itu tidak berbau. Hanya lebih kurang 3km nak sampai ke kediaman Mizi(BK), aku yang sedang pening-pening nyamuk ketika itu, telah pon merempuh sebuah Proton Wira semasa nak mengharungi sebuah bulatan yang diberi tajuk, Bulatan Megawati. Aku terdiam, kaku menahan, pilunya di pinggir hatiku, separuh nyawa aku menahan sebak di dada. Aku berhenti di bahu jalan dan hampir rebah apabila melihat keadaan Isteri Pertama aku tu. Aku terbaring seketika di bahu jalan(bukan pengsan, tapi sedih). Isteri kesayangan aku remuk di bahagian hadapan(ish, remuk ke?) bonet jadi bengkok?xtau macam mana nak cakap la.Kiranya remuk la di bahagian hadapan.

Kemudian, apabila aku tersedar dari lamunan, ku lihat kereta Wira tu nye driver dok tunggu aku datang kat dia. Aku pon pi la kat dia, lagi teruk dari keta aku die nya remuk.


Pastu Mizi datang dan beliau membawa kami semua menuju ke IPD Trafik Shah Alam. Buat repot, aku kena saman. Sbb aku langgar belakang. Langgar, bukan main belakang ekkk!!


Kesedihan aku terbawa-bawa sehingga ke hari ini. Sungguh berat ujianmu wahai Tuhan. Tapi aku bersyukur, kerana aku tahu...ada orang lain yang terima ujian yang lebih berat lagi.


Kat atas tu gambaq keta aku(tapi gambar tu diambil sebelum kejadian malam tadi)

Rabu, 11 Februari 2009

Masih Ada yang Belom Sentuh???


Fuhhh!!! Hari demi hari, minggu demi minggu....kini tibalah minggu terakhir dan boleh juga dikatakan hari-hari terakhir menjelang Pertemuan ke 2.


Pelbagai tugasan dari pelbagai subjek telah pun kita terima dan saki baki hari yang tinggal ni la peluang yang ada untuk menyiapkan tugasan-tugasan tersebut.


Beberapa geng telah pun menyatakan yang mereka telah menyiapkan sebahagian besar tugasan yang diterima(termasuklah aku), namun masih ada geng yang belum lagi menyentuh waima sedikit pun tugasan.


Apakah nasib yang akan kita dan mereka tempuhi?

Hanya diri sendiri aje yang mampu untuk tentukan,.... harus bagaimana lagi? Berusahalah untuk menyiapkan semua tugasan dalam tempoh yang singkat ni....Peluang telah pun diberikan...tempoh sudah diberikan....hanya usaha sebagai penentu. Siapa yang berusaha lebih, insyaAllah habuannya akan lebih. Sudah pasti akan dapat banyak isi-isi & info-info berkaitan tugasan. Tentu banyak maklumat yang dapat diisi dalam helaian-helaian muka surat kendungan tugasan yang akan di submit.


Ermmm,.,,....Tadi aku baru je kontek salah sorang geng...Nana...aku x berapa pasti sgt minah ni keja kat jabatan mana. Yang aku tau, kat jalan attap n dia ni geng ngan geng2 dia dan ada gak yang ckp ngan aku dia ni n geng dia x campur org...mcm kera sumbang. Tapi aku xnak komen kata-kata org tu. Itu pandangan peribadi dia. setakat ni aku x de masalah la ngan si Nana ni. Yang agak mengejutkan aku, dia kata dia belom sentuh apa-apa tugasan. Fuishhh....biaq betoi...


Ermmmm...yang menjadi persoalan disini....dan isunya sudah pasti bukannya Nana..atau Mila,,,,..atau sesapa je...ini adalah umum. Isu tidak menyiapkan tugasan. Aku harap sangat memana geng yang belom menyiapkan tugasan mereka tu, berusaha lah untuk menyiapkan nya. Kalau x sempat nak cari buku-buku, bukak la mana-mana web...search la kat google...melalui blog ni, insyaAllah..ada la kwn2 yang akan cuba bantu..walau di mana jua anda berada...kita boleh kekal berhubung. Kepada sesapa yang belom ada internet tu...ha..boleh beli Modem ngan aku n register Celcom ngan aku, aku jamin harga aku termurah dalam pasaran untuk Item tersebut. (promote la pulak!!!!)


Erm.... Akhir kata, "siapkan lah tugasan anda....kalau x..anda la yang perlu bersiap sedia"

Penat?

Aku pun ke'penat'an jugak. Baru je siap separuh. Yang Pentadbiran Awam baru separu, baru 4 pages. Ringkasan Jurnal baru 1 page. BM pengurusan da siap la seperti yang korang dah tengok kat library aritu.

Aku nye struggle wat asg sampai aku demam arini. Semalam demam sket je. Arini aku dah demam kow2 nye demam. Tapi tadi aku berselubung. La ni dah kebah la. Tapi x tau la kalau satg dia mai balik

Yang lain2 cemana? jgn la berdiam diri aje....sampai2kan la khabar pada geng....

PeNatNYE.......

hari2 tdo lewat...adoi..mcm mana ni?..cheloi hang nyer asemen tu ok ler ..ermmm banyak ker yang dah siap?....pelik ar ..time aku online ja tak der org.. time tak online cam meriah jerk blog.. sakitnye hati..bertambah sakit hati biler tak leh nak on YM....skype jer ler....saper2 ader skype leh ler ader aku honey_aries .....baper ari korang semua kat library.....? pepehal roger ar...

ASAS PENTADBIRAN AWAM

PERKEMBANGAN PENTADBIRAN AWAM DI MALAYSIA


Kemajuan pentadbiran Negara Malaysia bertitik tolak daripada jentera pentadbiran awam yang cekap, berkesan, serta produktif. Perkembangan pentadbiran awam di Negara kita secara awalnya bermula dari pelbagai aspek di mana ianya merangkumi pembentukan polisi jangka panjang,peningkatan budaya kerja yang berkualiti, pembaharuan di dalam sektor penyelidikan iaitu sanis dan teknologi dan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti kepada rakyat.

Pembentukan Polisi Jangka Panjang
Polisi merupakan satu dasar yang telah digubal bagi kepentingan dan faedah kepada Negara serta rakyat. Kejayaan sesebuah polisi bergantung kepada sejauh manakah keberkesanannya kepada pembangunan Negara. Malaysia merupakan sebuah Negara yang amat bertuah kerana memiliki para pemimpin yang berkaliber dan berwibawa bagi mewujudkan pelbagai polisi jangka panjang, sebagai contoh, dalam era kepimpinan bekas Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak, beliau telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. Objektif dasar ini diperkenalkan adalah untuk;

Jawapan Khalil

Lil"s berkata...
Wah, hebat ni... boleh tau aku kat mana... bleh jadi penyiasat ni.. 007.. jeng.. jeng.. jeng.. Namun aku juga tahu niat mu wahai Cheloi82 ingin meminta mc untuk membuat assigment jugak kan? Betui tak? betui tak? Jangan lah segan2 meh lah sini... Join me..Anyway, ini salah satu usaha murni & pengorbanan yg aku "paksa rela" lakukan pada pagi ini bersamaan 10 Februari 2009... Aku tiba di perpustakaan ini seawal 9pagi & mendapati ianya hanya dibuka pada jam 10pagi.. Apa bleh buat, den tungguu jo lah.. Namun demikian sekiranya ada hamba-hamba Allah SWT yg lain yg ingin turut serta... sy sgt2 berbesar hati mendengarnya... sesungguhnya, lecturer2 kita telah berfirman bahawa "Sebarang alasan kelewatan penghantaran tugasan TIDAK akan diterima." Oleh itu tiada siapa yg akan dapat membantu diri kita melainkan diri kita sendiri... (cewah, mcm cikgu pulak..) Satu lagi cadangan bernas yg ingin sy syorkan kpd anda semua adalah dengan memasuki website UUM & clik pada "Drop Subjek".. Lepas tu sy berani mengatakan bahawa anda pasti akan berasa gembira & tenanggg... huhu...
2009 Februari 10 11:47

Selasa, 10 Februari 2009

Haziq kena culik????

Erm....tajuk di atas tu agak mengerikan...tapi, benarkah kenyataan itu?

Haziq ni salah seorang geng kita yang agak aktif dalam pertemuan-pertemuan diskusi yang kita rencanakan. Mamat ni sebenarnya budak BBA, tapi oleh kerana ramai geng kat BPM, dia pon dah apply tukar kos BPM.

Dia juga salah seorang penyumbang ide-ide yang bernas. Tapi, pada diskusi ke-2 di National Library....dia x muncul. Petang tu ada grup discussion untuk Subjek Sains Sosial, tapi dia tak muncul gak. Geng grup aku ada 5 org, Aku, Sunita, Mija, Mastura & Haziq. Mastura yang becok tu x datang, Dah haru dah sbb dia penyumbang utama dan tajuk assignment pun kami sume ikut pilihan dia. Dah tu, Haziq pon x datang....tinggalla aku ngan sunita ngan mija...kami pon wat keputusan untuk cari Info dan kumpul bile jumpa lagi nanti.

Yang misterinye....ke manakah Haziq menghilang? Adakah benar dia diculik? Hish.....erm....aku dapat info yang mengatakan beliau telah diculik oleh pemandu bas express. Pemandu bas tu culik dia bawak lari straight je pastu tinggal kan dia kat Shahab Perdana(Adecit Poodahh...Balik kampung rupanya mamat ni)

Erm...kerana ketiadaan dia, semangat aku pun agak berkurangan la sbb dah kurang sorang. Tapi..aku harap sangat Haziq baca apa yg aku tulih ni. So, dia leh la respon. Balik kampung pon ingat wei.....hang grup ngan aku 2 subjek....banyak markah tu....huhuhu

Bukan aku aje yang dok tanya-tanya si Haziq ni, BK, Qasehzila, Lil's, Shida pon ada tanya hang wahai Haziq.

Woi!!!nanti jgn lupa bawak mai kat aku tembakau dari kampung wei...beli la buang 2-3 tahil.
K.Adiosss...jumpa di kelas ujung minggu ni.

PENGANTAR SAINS SOSIAL (MJA 1013)

Ada di antara kita yang transfer kredit untuk subjek2 tertentu. (contohnya aku la!)
Dan yang trensfer kredit ni amik subjek sem 2 iaitu Pengantar Sains Sosial.

Bagi subjek ini, tugasan perlu dihantar pada pertemuan ke3. Yakni pada bulan Mac.

Soalannya adalah,

Setiap individu dikehendaki menyiapkan satu penulisan berkaitan topik-topik yang disenaraikan :
i) Teori Evolusi
ii) Teori perubahan sosial
iii) Teori Interaksi Simbolik
iv) Teori Modenisasi Klasik (Rostow)
v) Kelompok Sosial
vi) Teori Sub-budaya Kemiskinan
vii) Teori Maslow

Penulisan mestilah dengan gaya penulisan ilmiah dan format yang dinyatakan dalam panduan. Jangan sesekali meniru gaya-gaya artis seperti Siti Nurhaliza, M.Nasir, P.Ramlee, Kumpulan Spider, Meet Uncle Hussien atau yang lain-lain.

K, selamat menyiapkan tugasan anda....Babai

Khalil di Mana?

Pagi 10 February 2009, tatkalau aku sedang berada di opis. Aku dapat tahu Khalil, kawan kita yang keja TNB tu tidak menghadirkan diri ke pejabat. Walaupun aku berlainan tempat keja ngan dia, tapi biasa la...aku ada pasang spy...hehehe...sapa? Spy Baba...Sape? Spy Baba....

Pagi tu, aku pun x berapa sehat.Aku dalam keadaan yang agak men'demam'kan. Erm, demam sebab x siap Assignment kot..Aku pun kurang pasti la! Yang pasti, aku berada di opis dan berpeluang menyiapkan sedikit kerja di pejabat walaupun aku bercadang untuk ke Klinik sebentar lagi kerana kepala otak aku dah x tahan dengan pening dan idung aku tersumbat dengan air-air hingusan.Huhuhu! Cian kat aku

Setelah ku selidiki, Khalil sebenarnya berada di Library (Fuh!..dah tau jalan g library) Hehehe..
Beliau sedang berusaha menyiapkan assignment-assignmentnye. Kepada bos-bos kat TNB tu...kalau cari khalil x jumpa..cuba g wat spot check kat library memana...hahahaha

Kepada geng2 yang lain, aku pasti korang juga sedang berusaha menyiapkan semua tugasan...Walau pun kita rasa amat burden dengan semua ini..tapi kita terpaksa lakukan juga. Tabahkan hati korang dalam menempuhi cabaran dan liku-liku sebagai Maha'siTua'.

Walau apapun, aku harap ramai yang dapat menghantar semua tugasan ujung minggu ni. Aku juga nak amik kesempatan ucapkan TQ seTQ TQnya kepada sume kwn2 yang saling bekerjasama memberi dorongan dan sokongan antara satu sama lain. Itu la pemangkin motivasi dan menjadi pembakar semangat untuk kita semua dalam mengharungi segala rintangan dan cabaran sepanjang kita bergelar Maha'siTua' ni.

Adioss...!!! (aku ni dok menulis kat blog...assignment aku x siap lagi...Huhuhu!)

Sabtu, 7 Februari 2009

New....

Tadaaaaa...... testing, testing.....

library o library

pening lar cari bahan kat national library.........ader yang nak tak dapat yang tak nak depan mate

invitation

Thanx to BK coz invited me to be the sub author of this blog.

Thanx

Group Discuss 2

Kat nasional library..... Ahad 7 Februari 2009...
Aku, Khalil, Cheloi, Qaseh & Shima kat tingkat 3 Nasional Library...kali ni Epul ngan Kamarul join sama..

Pening gak nak cari buku.. maklum ler kali pertama kat sini.. aku pun dah 18 tahun tak masuk mana-mana library... sib baik ada Zila, dia tolong cari buku...

Dengar cite..ramai yang datang ni tersesat masuk pusat darah negara..har..har..har....memang sah x penah datang library.

Tapi sume sampai dengan selamatnye di nasional library. Walaupun teraba-raba nak datang sini.

Kehadiran Kamarul@Panjang dan epol menambahkan lagi keserian nasional library ni.

Aku ngan cheloi a.k.a. hj alias ingatkan x ramai org datang library, rupanya ramai la sesangat sampia nak parking pon susah. Ternyatalah bahawa kami berdua ni memang x penah menghadirkan diri di library ni. Tapi, inilah permulaan yang insyaAllah akan memberi cahaya untuk masa depan kami.

Selasa, 3 Februari 2009

Assignment 5 - Pembangunan Masyarakat

Assignment ni perlu dihantar pada pertemuan ketiga (Mac 2009)
Tajuk tugasan ialah :-

" Untuk melaksanakan sesuatu projek, biasanya tinjauan dibuat terlebih dahulu untuk mengenalpasti sebab-sebab projek berkenaan dilaksanakan. Anda dikehendaki membuat satu analisis keperluan (needs analysis) terhadap projek yang hendak anda laksanakan."

(Analisa Keperluan aanda hendaklah merangkumi aspek-aspek ekonomi, sosial, politik dan agama. Pada bahagian akhir tugasan, anda dikehendaki menyediakan sebuah Carta Gantt untuk meringkaskan peracangan perlaksanaan projek anda.)

Klik kat ULASAN dibawah untuk sebarang pandangan atau info..tq

Assignment 4 - Bahasa Melayu Pengurusan

Tugasan untuk subject ialah:-
" Anda dikehendaki menyediakan sebuah iklan tentang sesuatu produk atau perkhidmatan berbahasa Melayu yang ingin dipasarkan."
Contoh produk- pakaian,kecantikan, makanan.
Contoh perkhidmatan - hiasan dalaman, katering, perancang perkahwinan dan pelancongan.
  • Cara mengiklan menggunakan salah satu daripada berikut - Laman Web, Pamplet, Brosur atau Blog.
  • Tugasan hendaklah dihantar dalam bentuk cd (soft copy)
  • Penggunaan bahasa Inggeris tidak digalakkan.
  • Tugasan perlu dihantar pada pertemuan kedua (Februari 2009).

Klik kat ULASAN kat bawah jika anda ingin berkongsi sebarang info dll..

Assignment 3 - TITAS

Ada 3 tajuk untuk assignment TITAS ni...

  1. "Krisis Ketamadunan Manusia - Relevankah Teori Ibnu Khaldun"
  2. "Sejauhmanakah sistem ekonomi Islam boleh menjadi pemangkin kestabilan ekonomi dunia"
  3. Keruntuhan moral di kalangan remaja, siapakah yang harus dipersalahkan"

Assignment ni kena hantar pada pertemua kedua ( Februari 2009).

Sesiapa yang nak berkongsi info atas ketiga-tiga tajuk ni... silalah klik kat ULASAN kat bawah.

Assignment 2 - Pengantar Pengurusan

Untuk subject Pengantar Pengurusan - assignment yang kena buat ialah:-
" Sediakan ringkasan artikel berkaitan isu pengurusan berdasarkan jurnal berkaitan pengurusan"
  • Jurnal yang dirujuk mestilah jurnal berbahasa Inggeris (3 pages or more)
  • Jurnal tersebut hendaklah berkaitan dengan pengurusan sahaja
  • Gunakan format APA
  • Lampirkan artikel asal
  • perlu hantar pada 14 Februari 2009

So macam biasa.. sesiapa yang nak kongsi apa sahaja pasal topic ni, sila klik kat ULASAN kat bawah posting ni...tq

Assignment 1 - Asas pentadbiran Awam

Untuk subject Asas Pentadbiran Awam, assignment pertama ialah :-
"Bincangkan perkembangan pentadbiran awam- pilih mana-mana negara, bincang dan bandingkan pentadbiran awam negara tersebut dengan pentadbiran awam diMalaysia"
  • cari mana-mana jurnal
  • buat perbandingan dengan Malaysia
  • tugasan lebih kurang 10 muka surat
  • kena submit pada 14 Februari 2009
  • jurnal kena disertakan sekali bersama tugasan.

So pada kengkawan yang nak bagi idea, cadangan, kerangka or share any infomation o this subject... boleh ler gi kat ULASAN kat bawah posting ni... (sebelah perkataan DI CATAT OLEH BK DI .....) - klik kat ULASAN.... and post your comment or what so ever... tq

Isnin, 2 Februari 2009

Group Discussion 1
























1 Feb 2009 masa warga KL sambut Hari Wilayah Persekutuan, aku ngan berapa kengkawan buat group discuss bincang pasal assignment... dapat gak idea sikit cam ner nak buat assigment... idea jer dapat.. buat nye idak jugak heheheh...
Thanks to Shahrul a.k.a Haji Alias yang susah payah arrange perjumpaan ni... kata nya ramai yang confirm nak datang tapi yang turn up ada le 8 orang jer- aku,khalil, Shahrul, Haziq, Zila, Shida, Maria and sorang lagi yang aku lupa nama.. sorry..lupa le nama u - maklum le aku ni dah tua... cepat lupa..
Hopefully next time ramai lagi yang turn up... ops next time tu bila???

Kat sini aku sertakan gambar-gambar hari tu... perjumpaan kat McD Ampang Park.. manager McD tu usha jer... maklumler duduk lama kat sana tapi langsung tak order apa-apa... sorry arrr puan manager, lain kali kami tak buat lagi ...heheheheh

Jadi Student..

Heheheh.... tarikh 15 Januari rasmi le aku ngan kengkawan sebagai student UUM... Ramai gak yang mendaftar sebagai student PLK UUM KL... Tah ler boleh ke tak boleh nak habiskan 5 tahun ni sebagai student dan bergelar siswazah...

Otak aku pun dah berkarat.. maklum ler dah 21 tahun tinggalkan sekolah menengah.. diploma aku pun dah 18 tahun umur (lagi tua dari anak aku yang sulong) ... masa daftar kut-kut ler dapat transfer credit... hampeh!!!, ada ke patut diorang kata aku nyer diploma dah 'expired'... so apa boleh buat, kena le start balik dari mula...

So, kepada semua kengkawan... jom study, buktikan kepada semua terutama pada diri kita sendiri yang kita 'boleh'.... selamat datang ke alam mahasiswa/mahasiswi ataupun untuk orang cam aku ni... dipanggil 'mahasiTua'.... hehehheeh
Posted by Picasa