Selasa, 29 September 2009

Site visit......

Salam sejahtera semua, Saya ada lagi updated yg ingin ditambah untuk group kami punya Projek Kemasyarakatan.. Lawatan tapak ke lokasi majlis (Kolej Multimedia TM ataupun dulunya adalah Pusat Latihan bagi pekerja TM) serta urusan liputan telah pun diselesaikan hari ini(29/9/2009).. Walaupun budget tidaklah memberansangkan tapi saya harap agar majlis ini akan meriah dan sumbangan terkumpul dapat disalurkan kepada rumah anak yatim ini... ;)

Berikut ada sedikit gambaran lokasi dewan & persekitarannya yg bakal kita gunakan untuk majlis amal itu nanti.....
Lets check it out:-



Gambar Kenangan...














Ini keadaan Dewan Kenanga iaitu tempat majlis kita nanti... Ianya bersebelahan dengan kafeteria... Ketika saya ambil gambar dewan ini waktu lunch, tu yg ramai orang..










Di samping di dlm dewan tadi, di luarnya juga terdapat meja dan kerusi...











Tempat untuk solat.. (surau)













Sekiranya jadi, ceramah motivasi akan diadakan di dalam Bilik Baiduri ini... Bilik ini boleh memuatkan seramai lebih kurang 70 orang dalam satu-satu masa...









So jangan lupa kita berjumpa pada perjumpaan pada 1 Oktober 2009(Khamis) ini ya... Kalo ada pandangan atau komen jangan teragak2 untuk terus jer komen yer... Program bersama, so sama-sama lah kita merancangnya...

Isnin, 28 September 2009

update program ko-k

Assalamualaikum semua...

Just nak update sedikit pasal program ko-k...

1. Disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, LOKASI berlangsungnya "Program Amal Kasih Bestari- Bersamamu Permata Hati" yang dijadualkan berlangsung di Kelab Kilat TNB pada 4 Oktober 2009 terpaksa ditukar ke Kolej Multimedia TM (dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Telekom) Jalan Gurney Kiri, Kuala Lumpur. Kat bawah ni disertakan peta (map) untuk ke tempat berkenaan.

2. Satu mesyuarat akan diadakan bersama Kelab Kereta Nismo dan KitaFm pada hari Khamis (1 Oktober 2009) ini bertempat di kolej berkenaan pada jam 8.00 malam. Kita tidak mengharapkan semua dapat hadir pada mesyuarat berkenaan walau bagaimanapun demi kelancaran majlis yang bakal berlangsung, saya amat berharap sesiapa yang mempunyai kelapangan untuk hadir dalam mesyuarat berkenaan.

3. Satu mesyuarat akhir serta persiapan majlis akan diadakan pada 3 Oktober 2009 (sehari sebelum 'the big day') di Kolej Multimedia ini. Pada waktu ini, semua sumbangan akan dikumpulkan. Sehubungan itu semua ahli yang telah berjaya mengumpulkan sumbangan termasuk hamper, barangan kering serta pakaian diminta untuk membawa bersama di dalam perjumpaan ini.

4. Kepada ahli kumpulan yang masih belum membuat bayaran, sila hubungi En. Kamarul Bahari di talian 019-2626505.


semak tu la....

aduhai pening pale aku...lupa lak nak register..sib baik terbaca post lil..thx lil...anyway khamis ni aku join meeting kay...jalan semarak kan..hope program kita dapat berjalan dengan baik..insyallah ...bulan baik kan.....hohoho mood raya datang lagik....

kawan2 jangan lupa pakai cantaik2 kay....kasi gempak satu malaya....

apern ek namer team kita...aku suggestttttttttttttttttttttt

"HATI MALAYA"..amacam...patriotik cikit....yahoooo

Khamis, 24 September 2009

Program Ko-K

Assalamualaikum geng...

Aku rasa ada yang dah mula masuk kerja cam aku ni & mungkin ramai lagi yang tengah bercuti sampai hujung minggu ni.. apa pun Selamat Hari Raya untuk anda semua.. sorry arr tak wish korang Selamat Hari Raya awal-awal... tak sempat, dok sibuk prepare raya !!! hehehehe...

Just nak update program ko-k kumpulan aku.. Program Amal Kasih Bestari.

Tarikh : 4 Oktober 2009
Masa : jam 10.00 pagi ( tapi jangan arr datang waktu tu.. datang awal ler buat preparation)
Tempat : Bilik Pergau & Foyer Kelab Kilat TNB, Ibu Pejabat TNB, Jalan Bangsar, KL

Aturcara:

Bertempat di Bilik Pergau, Kelab Kilat TNB
10.40 pg -Ketibaan tetamu

10.45 pg -Ketibaan Anak-Anak RAKB

10.50 pg -Bacaan Doa

11.00 pg -Ceramah Motivasi

12.00 tgh -Rehat

Bertempat di Foyer Kelab Kilat TNB

12.15 tgh -Ketibaan Y. Bhg. Tan Sri Abu Zahar Dato' Nika Ujang

12.20 tgh -Bacaan doa

12.25 tgh -Ucapan Aluan Oleh Pengarah Program

12.30 tgh -Ucapan Perasmian Oleh Y. Bhg. Tan Sri Abu Zahar Dato' Nika Ujang

12.40 tgh -Majlis Penyampaian Kutipan dana & Penyampaian Duit Raya untuk Anak-Anak RAKB

12.45 tgh -Jamuan Hari Raya /Acara Selingan /Jamuan Hari Raya bersambung

3.00 ptg -Majlis Tamat dan bersurai

Bilik Pergau ngan Foyer Kelab Kilat tu kat bangunan yang sama, just atas bawah jer. Bilik Pergau kat Tingkat 1, foyer lak kat ground floor.

Isnin, 14 September 2009

Result Dah Keluar....

video

Updated... Updated... Program Khidmat Masyarakat..

14 September 2009, saya, En Panjang & En BK telah pergi membuat lawatan serta survey dewan yg hendak digunakan untuk program kita nanti di persekitaran Shah Alam...

Sebelum tu kami telah menemui Ustaz (penjaga rumah RAKB) dan berbincang mengenai tempat utk dibuat program tersebut. Beliau mengatakan kalau hendak diadakan ceramah adalah lebih baik program ini dilakukan dlm dewan tp berjauhan sedikit daripada rumah RAKB kerana kalau buat dekat dewan atau surau berhampiran dgn rumah dikuatiri anak2 ini akan cabut lari balik ke rumah....(biasalah budak2 mana nak dgr ceramah2 ni, tp kalo ada duit raya depa bleh tunggu) Cuma takut kalo anak2 ni tahu kita nak bg duit raya tu belah petang, takut budak2 ni pagi hilang petang baru muncul.... Coz die sendiri pun tak dapat nak kawal budak2 ni.....
Hal ini berdasarkan pengalaman depa sebelum2 ni.... ini ada sedikit gambar anak2 yg comel drpd rumah RAKB ni untuk tatapan bersama... ada yg keletihan berpuasa sampai tertido kat sofa...







Kebetulan pulak masa kami pergi kerumah ni ada kanopi yg telah dipasang kerana ada majlis berbuka puasa yg dianjurkan oleh kelab kereta Gen2.... So kalo nak pacak khemah mcm ni la keadannya.... boleh tu boleh tapi mcm parking kete tu limited lah sikit.... maklumlah dekat perumahan...



Selain drpd itu kami juga telah pergi membuat lawatan ke dewan2 yg ada berhampiran... contohnya dewan mbsa ni.... masa tu kami dah seronok dah tgk keadaan dewan ni yg sempurna dr luarnya... sekali apabila ditanya pada pengawal yg bekerja disitu didapati rupanya dewan ni belum siap lagi & belum boleh digunakan lagi.... hmmmm...... tgk lah ni.... bile nak siap nyer ntah....





Lepas tu kami survey lagi dewan2 lain... tapi kebanyakkannya dalam keadaan yg kurang memuaskan... ada yg berhampiran dgn loji, dewan kecil sgt, keadaan kurang sempurna & mcm2 kekuranganlah.... So kami decide utk ambil dewan pergau di Ibupejabat TNB, bangsar.... parking senang, dewan & tmpt makan fully aircondition, meja & kerusi pun ada, tandas pun cukup.... amacam, boleh ke???? Feedback gang???? Kalo ada apa2 komen bg tau lah, jgn diam jer..... hehehe...

berbuka puasa b4 exam







kepada kenkawan selamat menyambut hari raya aidilfitri n maaf zahir dan batin...semoga perjalanan pulang ke kampung halaman dalam keadaan selamat-road safety....






utk team aku, 4/10 kita nye prog mesti jadi...pepun work hard kay gang..we can do it..






Selasa, 8 September 2009

Slide Kenegaraan Malaysia

Ini slide Kenegaraan Malaysia Bab 1-3 untuk tuan2/puan2/cik2/encik2/saudara2/saudari2 semua download:


Isnin, 7 September 2009

Mid Term (11-12/09/2009)

P.Sains Sosial:
Subjektif.
Bab 1-6.

Aplikasi Komputer:
Objektif.
Bab 1-4.

Kenegraan:
Subjektif & Objektif.
Bab 1-5.

Hubungan Etnik:
Subjektif & Objektif.
Bab 1-5.

SELAMAT BERJAYA