Khamis, 30 September 2010

BBQ RAYA EVOLUSI MAYA..

PERHATIAN KEPADA KAWAN2 TEAM EVOLUSI MAYA....,

Kita akan mengadakan BBQ RAYA seperti berikut :-

Tempat : Halaman Rumah Penginapan JPS, Gombak (Gurl je bley tdo ctu, boboy tpt lain,
boboy leh bbq jer kat ctu)- no 3, kediaman rasmi jurutera daerah jps gombak, gombak.

Tarikh : 1 Oktober 2010

Jam : Pada sebelah petang , Jumaat...

Diharap kawan2 dapatlah kiranya membawa kueh raya, makanan tambahan jika berkesempatan sbg cth : sosej ker , daging burger ker, terpulang pada kawan2 semua. segala pertanyaan bolehlah menghubungi syida.

* Menghilangkan penat lelah kita pada sebelah pagi dan perjalinan ukhwah antara sesama kita, buang yg keroh ambil yg jernih....support team kita k. muah3x peralatan syida akan sediakan, kita hanya membawa bekalan sedikit seorang, sikit2 lama2 jd bukit.

Selasa, 28 September 2010

Raptai Pada 1 Oktober 2010 (Jumaat)

Salam Mesra buat Yang Amat Berhormat Semua,

Saya selaku Biro Media & Siar Raya ingin menjalankan tugas saya untuk memaklumkan bahawa projek kita akan berlangsung sepertimana yang telah kita jadualkan tidak lama lagi. Selain daripada medium email, blog turut menjadi penghubung utama serta makluman utama dalam kumpulan evolusi maya bagi menjayakan projek kemasyarakatan kita. Rasa tanggungjawab serta ownership dalam memberikan komitmen untuk memberikan sumbangan tidak kira dalam bentuk apa skali pun samada tenaga, wang ringgit & pengorbanan adalah amat-amat dihargai & diperlukan daripada seluruh ahli kumpulan evolusi maya. Justeru itu berdasarkan mesyuarat yang telah dilakukan beberapa kali baru-baru ini diantara ahli-ahli kumpulan evolusi maya yg dapat hadir bersama pengarah projek telah membuat ketetapan seperti berikut:-

1) Semua ahli diminta utk hadir lebih awal pada 1.10.2010(Jumaat) untuk membuat persiapan akhir sebelum 2.10.2010(sabtu) program berlangsung. Kehadiran daripada seluruh ahli kumpulan evolusi maya adalah diwajibkan.

2) Disarankan semua ahli membawa lebih pakaian persalinan kerana terdapat pelbagai aktiviti yg akan dilakukan pada 1.10.2010(jumaat) dan 2.10.2010(sabtu). (mungkin aktiviti yg dilakukan akan menyebabkan pakaian akan basah/kotor dan ada juga aktiviti senaman pada waktu awal pagi sabtu oleh fasilitator terlatih, so seluar track pun kena bawaklah dgn kasut sukan)

3) Setiap ahli kumpulan evolusi maya adalah diwajibkan untuk menyumbang 1 bungkus beg plastik hitam untuk aktiviti gotong-royong.

4) Memakai baju t-shirt berwarna merah pada hari sabtu.(dibawa sendiri)

5) Sila berikan saiz baju anda pada 1.10.2010 utk tujuan penempahan baju korporat kita.

6) Slot bio-indicator kita akan run sendiri dgn tunjuk ajar drpd org JPS... slot ni senang jer, so hari jumaat tu kalo kita buat latihan skit mesti dah bleh jadi fasilitator dah..... so memang planing org JPS beri penghormatan kpd kita utk run program ini. harap dpt kerjasama drpd semua ahli kumpulan.

7) Lain2 perkara berbangkit akan dibincangkan pada hari 1.10.2010(jumaat) ini.

Yg menurut perintah,

( biro media & siar raya)

Ahad, 26 September 2010

Tugasan 4 (Ekonomi)

Kepada rakan2 yg xde/xdpt salinan softcopy tugasan rentetan dr pertemuan 3 baru2 ini. Silalah ambil disini:-

Ekonomi Dlm Pengurusan = Tugasan 4

Semester 5 Januari 2011 = Jadual Waktu Kuliah Sem 5, 2011/12

Khamis, 23 September 2010

Mesyuarat Ahli Kumpulan Evolusi Maya

Salam Sejahtera,

Lanjutan drpd mesyuarat yg diadakan pada 22.9.2010 baru-baru ini diantara pihak kita, JPS, JPA, Jab. Kesihatan dll. Satu mesyuarat ahli kumpulan evolusi maya akan diadakan seperti maklumat berikut:-

Agenda: Diantaranya untuk memperhalusi & memperincikan peranan semua biro dan membuat pengagihan tugas yg sepatutnya kerana masa yg semakin suntuk.
Tarikh: 25 September 2010 (sabtu)
Masa: 0900 pagi.
Tempat: Dataran Bukit Kala, Batu 12, Gombak, Selangor.
Kehadiran: Semua ahli diwajibkan hadir & kehadiran tuan-puan akan direkodkan. (Sila maklumkan jika anda tidak dpt hadir kerana bertugas)

Komitmen tuan-puan adalah amat dihargai.

Biro Media & Siar Raya.
Projek Sungai 1 Malaysia

Rabu, 22 September 2010

Berita Gembira!!!

Mesyuarat Pembentengan Kertas Kerja Projek Sungai 1 Malaysia

Tarikh: 22.9.2010
Masa:1000-1300hrs
Tempat: SUK, Shah Alam.
Ahli Mesyuarat: JPS Selangor, UUM(En Fakhrudin, En. Termizi, En. Lil & Pn Yanti), Jabtan Kesihatan, JKKN & Jabatan Pertahanan Awam.
Hasil Mesyuarat:
-Pihak JPS bersetuju dalam penganjuran program Sungai 1 Malaysia.
-Pihak JPS juga bersetuju membiayai sebahagian kos penganjuran program kita.

Peranan Masing2:-
JPS:-akan urus segala urusan tentang katering + khemah + guddies + t-shirt JPS + banner serta urusan slot bio-indicator.
Jab. Kesihatan:-penerangan/langkah2 pncegahan aedes dll (masih dlm proses penetapan).
JPA:-pameran motor2 JPA dll (masih dlm proses penetapan).
JKKKN;-fasilitator senam 1 malaysia.
JKKM:-Pameran utk tarikan kanak2(dlm proses, blum ada ketetapan)
UUM:-gotong-royong/sukaneka dll.(mengikut kertas kerja)
Media:-Kak Yang akan cuba dptkan liputan dr rtm/bernama/asyik fm(radio org asli). (insyallah kt sama2 cuba)

Komen:-
Secara keseluruhannya pihak JPS bersetuju dengan susunan aturcara yg akan dijalankan & mungkin kt akan membuat sedikit penambahbaikkan. Terutamanya dr segi ownership sesuatu program. JPS mencadangkan utk menjemput semua VIP drpd jabatan masing2 yg terlibat dlm program ini termasuk dekan uum.(masih dlm perbincangan) Banner akan disediakan oleh pihak JPS dgn tema "Sungaiku Hidupku" & uum dgn tema kite "Sungai 1 Malaysia".

Ini adalah sebahagian drpd hasil mesyuarat, lain2 perkara berbangkit atau pertanyaan atau komen. Silalah komen dlm blog ini utk utk penambahbaikkan kita bersama dlm ahli kumpulan evolusi maya. Mana2 komen akan dijawab samada tuan pengarah kita atau En Termizi ataupun Pn Yanty atau saya pun boleh jugak. Seperkara lagi, mungkin sy, zila dll akan turun ke perkampungan orang asli pada hujung minggu ini.(blum pasti lg) Sapa2 yg nak turut serta utk buat pengecaman kawasan sebelum harijadi adalah dialu2kan. So kita akan nampak sendiri situasi sebenarnya.

Cadangan:-
En. Fakhurudin minta kita utk turun padang sehari sebelum harijadi & juga bermalam di sana bagi membuat persiapan yg sepatutnya. Cadangan sy mungkin kita boleh adakan makan malam pada hari jumaat tu dlm bentuk BBQ bertujuan utk merapatkan lagi hubungan silaturrahim diantara rakan2 dlm kumpulan evolusi maya. Jika setuju atau tidak setuju silalah komen dlm blog ini utk dptkan undian ramai. Pembelian makanan, ikan, ayam dll kita boleh buat kutipan seorg RM10-RM20... Terpulanglah berapa yg u all rasa ok. Jika setuju sy boleh sponser tmpt bakar BBQ, tp kalo ramai mungkin perlukan lebih lagi tempat bakar bbq. Jadi jika u all ada lebih boleh lah tambah2 mana2 yg patut...

Sabtu, 18 September 2010

Pengumuman Dari Penyelaras UUM

Makluman En. Mokhtarfizan:-

Perjumpaan dengan semua pelajar UUM (semua semester)

Agenda: Penerangan Akademik Berkaitan Pemilihan Kursus (semua semester)
Penglibatan: Semua pelajar UUM Kampus KL.
Tarikh: 10.10.2010 (Tutorial 4)
Masa: 1200hrs - 1300hrs
Lokasi: Bilik L3, Tingkat 5, Bangunan IPB.

*Maklumat dari pelajar UUM Sem 4 2010/11.

Penghantaran Tugasan (Pengurusan Pejabat)

Dr. Marhazlinda Jamaludin
Unit Informatik,
Fakulti Pergigian,
Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur.
Tel: 013-9024836

*Penghantaran tugasan dlm masa satu minggu shj!!!

Ahad, 5 September 2010

Tok Batin Kirim Salam




Tok Batin Kirim salam, die tanya bila kita nak datang ni??????

Peace.....!!!

Mari Menyumpit Bah....

Jumaat, 3 September 2010

Updated Terkini (3.9.2010) "Sungai1Malaysia"

Salam Sejahtera,

Dilaporkan makluman terkini mengenai Projek "Sungai1Malaysia" daripada Pengarah Projek:-

Salam kepada Ahli Kumpulan Evolusi Maya,

Terlebih dahulu saya memohon ribuan kemaafan yang tidak terhingga kepada semua ahli kumpulan yang ternanti-nati dan menunggu kemajuan kerja berkaitan Projek Sungai 1Malaysia,

Tidak ketinggalan juga pujian yang tidak terhingga kepada En Ali, En Khalil dan Puan Rosidah terhadap keperihatinan mereka yang mengambil berat tentang status kedudukan projek ini.

Walaubagaimanapun suka saya maklumkan atau menerangkan beberapa perkara berkaitan dengan projek ini.

Pertama

Tentang pertanyaan you all berkaitan kelulusan “Sebenarnya kelulusan untuk melaksanakan projek kumpulan hanya diperingkat kelulusan pensyarah kita sahaja En Hadri sahaja tanpa memajukan kepada pihak PACE UUM Sintok sebagaiamna mesyurat pertemuan Kedua yang lalu. Harap tiada lagi isu berkaitan kelulusan.Hanya stage untuk dapatkan tandatangan beliau sahaja secara verbal dia dah maklum.

Kedua

Laporan kewangan, minta pihak bendahari yang dilantik untuk membuat laporan berkaitan kewangan dan declare kepada semua ahli mesyuarat kemajuan kewangan yang kita perolehi. Sehubungan dengan itu, Kak Yang dan Saya sedang berusaha untuk membuat pertemuan dan perbincangan bersama JPS Selangor berkaitan urusan penajaan. Mungkin dipertemuan ketiga nanti keputusan perbincangan dapat dihasilkan samada positif atau negatif.

Ketiga

Minta semua Jawatankuasa dan ahlinya membuat persiapan dan persediaan sebagaimana tugasan yang telah diberikan semasa pertemuan kedua yang lalu. Sila rujuk kertas kerja yang telah dikemaskinikan melalui e-mail setiausaha.

Keempat

Pertanyaan Pn Rosidah berkaitan surat jemputan pihak BOMBA, memang benar tiada latihan kebakaran dilakukan di sungai tapi mungkin kita boleh jemput untuk demo pihak BOMBA dalam latihan aktiviti menyelamat ketika berhadapan dengan mangsa lemas dan sebagainya.

Kelima

Sya turut tertarik dengan Pelan B yang segelintir telah berbincang dan bermesyuarat sekiranya tidak keberatan, minta jua dimajukankepada saya dengan kadar seberapa segera.

Sekian untuk makluman dan Selamat Menyambut Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

Yang Benar

FAKHRUDDIN BIN MD.YATIM

Nota:

* En Khalil minta jua masukkan laporan ini dalam laman blog .