Dukacitanya dimaklumkan kelas tambahan Dasar & Analisis Fiskal anjuran En Zulhari pada hari ini (25.4.2011=Ahad) adalah DIBATALKAN diatas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.
Pertama : Pilih link mana yang anda ingin download, kemudian klik pada link tersebut.
Kedua : Anda akan dibawa ke website ini & sila anda klik pula pada link yang saya bulat kan itu.
Ketiga : Biasanya selepas anda klik pada link tersebut, satu pop up automatik download akan keluar seperti diatas. Namun mungkin anda punya downloader berbeza dgn saya tapi ianya akan keluar dengan sendiri & selepas itu terus klik saja pada Start Download. Dah siap.. Selepas itu tunggu saja sehingga ianya selesai download.
Tak tahu lah aku mcm mana nak cari journal kat uumlib ni... dari pagi asyik duk lagu ni jer.. sat g kalo cakap kat lecturer alasan ini, depa senang jer cakap... awat hang xcari awal2.... so apalah aku nak kata lagi ni... memang balik2 kita la yg kena... hampehhh.... masalah tak jugak settle ni... cari tetap kena cari...
Salam mesra semua, lama xupdate blog... Semua bz sangat sampai xhingat dah pasal next sem dah menghampiri kita... Buku next sem masih blum dapat lg ni... kalo dah ada pun rasa aku pun xbuka lagi, sampai lah dah nak exam baru reti nak bukak... tu pun kadang malam nak exam baru bukak... biasa lah tu.... hahaha....
Ni gambar2 korang kat Restoran Dapur Sarawak, just nak share..... have fun, jgn lupa cuti-cuti malaysia yer untuk melepaskan tension-tension yg sepatutnya, geram-geram, dendam lara lg membara, atau apa-apa jer lah.... ahaks..
sempat lagi.... :)
Special Tea....
Ucapan Ribuan Terima Kasih kepada Tauke Ali coz belanje makan kami semua....... Die yang perkenalkan kedai ni & die juga yg belanje... hmmm sungguh pemurah orangnya, baik hati & sungguh budiman... Zaman sekarang memang dah tak jumpe dah.. Takpe Ali lepas ni kita gilir2 lah belanje makan..... huhuhu....
ALOR SETAR - Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa menangguhkan peperiksaan akhir yang dijadual berlangsung pada Isnin hingga 3 Dis ini atas sebab-sebab keselamatan dan juga banjir.
Naib Canselor UUM Prof Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, tarikh baru untuk peperiksaan itu adalah pada 21 November hingga 13 Disember ini.
"Kita membuat keputusan itu selepas mengambil kira nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pusat Gerakan Banjir Negara,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, antara sebab penangguhan peperiksaan itu ialah jalan utama yang menghubungkan UUM dengan Alor Setar yang melibatkan Lebuh Raya Utara-Selatan ditutup dan pada masa yang sama Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim juga ditutup kerana banjir. - Bernama
Untuk makluman rakan-rakan semua, berita TV3 jam lebih kurang 8.15pm tadi (4.11.2010) ada menyiarkan makluman secara rasmi drpd UUM berkaitan penangguhan peperiksaan akhir UUM pada 12 Nov-13 Dis 2010. Sila lihat pada bahagian bawah gambar yang saya telah captured tadi:-
Makluman terbaru yang diterima dari pihak UUM dan telah diconfirmkan oleh En. Mokhtafizam - Peperiksaan Akhir Semester yang dijadualkan bermula 9 - 13 November 2010 telah diTUNDA ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Peperiksaan Akhir ini terpaksa ditunda ekoran BANJIR besar yang melanda Utara Semenanjung termasuk UUM serta Negeri Kelantan.
Berkemungkinan besar Peperiksaan Akhir ini akan diajalankan pada penghujung November atau awal Disember 2010
Sebarang maklumat terkini akan di updatekan dari masa ke semasa.
TQ
Ahmad Termizi Timbalan Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar UUM KL