Khamis, 24 September 2009

Program Ko-K

Assalamualaikum geng...

Aku rasa ada yang dah mula masuk kerja cam aku ni & mungkin ramai lagi yang tengah bercuti sampai hujung minggu ni.. apa pun Selamat Hari Raya untuk anda semua.. sorry arr tak wish korang Selamat Hari Raya awal-awal... tak sempat, dok sibuk prepare raya !!! hehehehe...

Just nak update program ko-k kumpulan aku.. Program Amal Kasih Bestari.

Tarikh : 4 Oktober 2009
Masa : jam 10.00 pagi ( tapi jangan arr datang waktu tu.. datang awal ler buat preparation)
Tempat : Bilik Pergau & Foyer Kelab Kilat TNB, Ibu Pejabat TNB, Jalan Bangsar, KL

Aturcara:

Bertempat di Bilik Pergau, Kelab Kilat TNB
10.40 pg -Ketibaan tetamu

10.45 pg -Ketibaan Anak-Anak RAKB

10.50 pg -Bacaan Doa

11.00 pg -Ceramah Motivasi

12.00 tgh -Rehat

Bertempat di Foyer Kelab Kilat TNB

12.15 tgh -Ketibaan Y. Bhg. Tan Sri Abu Zahar Dato' Nika Ujang

12.20 tgh -Bacaan doa

12.25 tgh -Ucapan Aluan Oleh Pengarah Program

12.30 tgh -Ucapan Perasmian Oleh Y. Bhg. Tan Sri Abu Zahar Dato' Nika Ujang

12.40 tgh -Majlis Penyampaian Kutipan dana & Penyampaian Duit Raya untuk Anak-Anak RAKB

12.45 tgh -Jamuan Hari Raya /Acara Selingan /Jamuan Hari Raya bersambung

3.00 ptg -Majlis Tamat dan bersurai

Bilik Pergau ngan Foyer Kelab Kilat tu kat bangunan yang sama, just atas bawah jer. Bilik Pergau kat Tingkat 1, foyer lak kat ground floor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan