Isnin, 28 September 2009

update program ko-k

Assalamualaikum semua...

Just nak update sedikit pasal program ko-k...

1. Disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, LOKASI berlangsungnya "Program Amal Kasih Bestari- Bersamamu Permata Hati" yang dijadualkan berlangsung di Kelab Kilat TNB pada 4 Oktober 2009 terpaksa ditukar ke Kolej Multimedia TM (dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Telekom) Jalan Gurney Kiri, Kuala Lumpur. Kat bawah ni disertakan peta (map) untuk ke tempat berkenaan.

2. Satu mesyuarat akan diadakan bersama Kelab Kereta Nismo dan KitaFm pada hari Khamis (1 Oktober 2009) ini bertempat di kolej berkenaan pada jam 8.00 malam. Kita tidak mengharapkan semua dapat hadir pada mesyuarat berkenaan walau bagaimanapun demi kelancaran majlis yang bakal berlangsung, saya amat berharap sesiapa yang mempunyai kelapangan untuk hadir dalam mesyuarat berkenaan.

3. Satu mesyuarat akhir serta persiapan majlis akan diadakan pada 3 Oktober 2009 (sehari sebelum 'the big day') di Kolej Multimedia ini. Pada waktu ini, semua sumbangan akan dikumpulkan. Sehubungan itu semua ahli yang telah berjaya mengumpulkan sumbangan termasuk hamper, barangan kering serta pakaian diminta untuk membawa bersama di dalam perjumpaan ini.

4. Kepada ahli kumpulan yang masih belum membuat bayaran, sila hubungi En. Kamarul Bahari di talian 019-2626505.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan