Selasa, 28 September 2010

Raptai Pada 1 Oktober 2010 (Jumaat)

Salam Mesra buat Yang Amat Berhormat Semua,

Saya selaku Biro Media & Siar Raya ingin menjalankan tugas saya untuk memaklumkan bahawa projek kita akan berlangsung sepertimana yang telah kita jadualkan tidak lama lagi. Selain daripada medium email, blog turut menjadi penghubung utama serta makluman utama dalam kumpulan evolusi maya bagi menjayakan projek kemasyarakatan kita. Rasa tanggungjawab serta ownership dalam memberikan komitmen untuk memberikan sumbangan tidak kira dalam bentuk apa skali pun samada tenaga, wang ringgit & pengorbanan adalah amat-amat dihargai & diperlukan daripada seluruh ahli kumpulan evolusi maya. Justeru itu berdasarkan mesyuarat yang telah dilakukan beberapa kali baru-baru ini diantara ahli-ahli kumpulan evolusi maya yg dapat hadir bersama pengarah projek telah membuat ketetapan seperti berikut:-

1) Semua ahli diminta utk hadir lebih awal pada 1.10.2010(Jumaat) untuk membuat persiapan akhir sebelum 2.10.2010(sabtu) program berlangsung. Kehadiran daripada seluruh ahli kumpulan evolusi maya adalah diwajibkan.

2) Disarankan semua ahli membawa lebih pakaian persalinan kerana terdapat pelbagai aktiviti yg akan dilakukan pada 1.10.2010(jumaat) dan 2.10.2010(sabtu). (mungkin aktiviti yg dilakukan akan menyebabkan pakaian akan basah/kotor dan ada juga aktiviti senaman pada waktu awal pagi sabtu oleh fasilitator terlatih, so seluar track pun kena bawaklah dgn kasut sukan)

3) Setiap ahli kumpulan evolusi maya adalah diwajibkan untuk menyumbang 1 bungkus beg plastik hitam untuk aktiviti gotong-royong.

4) Memakai baju t-shirt berwarna merah pada hari sabtu.(dibawa sendiri)

5) Sila berikan saiz baju anda pada 1.10.2010 utk tujuan penempahan baju korporat kita.

6) Slot bio-indicator kita akan run sendiri dgn tunjuk ajar drpd org JPS... slot ni senang jer, so hari jumaat tu kalo kita buat latihan skit mesti dah bleh jadi fasilitator dah..... so memang planing org JPS beri penghormatan kpd kita utk run program ini. harap dpt kerjasama drpd semua ahli kumpulan.

7) Lain2 perkara berbangkit akan dibincangkan pada hari 1.10.2010(jumaat) ini.

Yg menurut perintah,

( biro media & siar raya)

2 ulasan: