Sabtu, 22 Ogos 2009

Update Program Amal Kasih Bestari

Salam Sejahtera,

Pada 22.08.2009=Sabtu saya bersama BK, Cheloi & seorang wakil dari Radio Kita.fm (Cik apa ntah, lupa pulak nama die... Hehehe... sorylah.. rasa cheloi tahu nama die..) Kami telah pergi membuat lawatan ke Rumah Amal Kasih Bestari di Subang.

Kami telah membincangkan tentang penetapan tarikh program khidmat masyarakat yg hendak dilaksanakan, pengeluaran resit untuk mendapatkan dana dll.....


Rumah ini sudah 2 tahun lebih beroperasi.... dahulu rumah ini hanya ada 20 orang anak-anak yatim piatu dan sehinggalah kini penghuninya telah mencapai sehingga 40 orang... rumah ini tidak ada menerima apa-apa sumbangan secara tetap tetapi hanya bergantung kepada sumber pendapatan yg dijana dr hasil jualan kuih-muih, popia goreng, ketupat palai, serunding, jualan gas memasak dan nursery........ hmm, dasyat juga depa ni banyak bisnes.... tapi apa pun itu belum cukup utk menampung perbelanjaan harian dan bulanan anak-anak ini berbanding jumlah pendapatan yg tidak seberapa itu.... mana nak bayar duit sewa rumah, mana nak bayar bil-bil pelbagai, makan minum harian lagi, duit belanja sekolah (harian) lagi dan macam2 lagi lah.... saya sendiri anak sorang pun terasa juga belanja tuk anak ni lebih besar dari perbelanjaan utk diri sendiri... mana taknye, contoh kalo nak beli baju budak kadang lg mahal dr baju bapak budak.... itu belum g klinik ke, hantar anak org jaga ke, susu ke apa ke..... huhuhu....... bak kata nabil "lu pikir la sendiri"......





Sayu hatiku pabila melihat anak-anak kecil ini... apalah nasib mereka ini, tak kala usia begini tidak mendapat kasih sayang yg sepatutnya drpd seseorg yg bergelar ibu & bapa.... lihat sahaja lah air wajah anak-anak ini..... :( Tak tahulah apa yg bermain di dlm minda mereka ini... hanya tuhan sahaja lah yg maha mengetahuinya...


Isnin, 17 Ogos 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Atas permintaan rakan-rakan, disini saya sertakan salinan softcopy-softcopy dokumen pelbagai hasil pertemuan kelas kedua baru-baru ini:-

1) Borang Untuk Mohon Surat Rasmi dr UUM.
2) Latihan Pengantar Sains Sosial.
3) Lampiran Tugasan Aplikasi Komp.
4) Slide Terbaru (updated 16/08/09)


Dibawah ini adalah gambar-gambar Mesyuarat Program Khidmat Masyarakat yg diadakan pada 16.08.09 baru-baru ini untuk tatapan & kenangan bersama.






Jumaat, 31 Julai 2009

Kumpulan Ko-K

Assalamualaikum semua..

Kat bawah ni aku ada publishkan senarai nama & contact Ahli Kumpulan Ko-K - kumpulan aku lerr... senarai nama kumpulan lain lak aku tak der... so tak dapat ler nak publishkan sekali.. Anyway kalau dah dapat nanti, insyaAllah aku akan publishkan...
....sila double klik untuk besarkan senarai tu...




Isnin, 27 Julai 2009

Salam Pertemuan Musim Kedua...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada Semua,

Alhamdulillah bertemu lagi kiter di arena ini. Namun sedih juga rasanya coz tak dapat jumpe rakan-rakan yang lain kerana ada antara mereka yang berhenti, tangguh dan sebagainya. Masing-masing ada masalah & tanggungjawab... Apapun perjuangan harus diteruskan kerana
Hidup ini umpama medan peperangan...

Semakin lama semakin mencabar nampaknya tugasan-tugasan yang diberikan kepada kite. Namun kita harus harungi jua walau apa pun yang terjadi. Demi kejayaan yang ingin kite kecapi dimasa hadapan. Huhu.. :)
Ada yang dah siapkan soalan kuiz & juga tugasan ke??? Kalo dah, anda memang hebat, kohkokoh.... So kalo dah hebat jangan lah lupa kawan2, past-pastlah jawapan mana yg patut.... Kohkohkohkohkoh.....
(p/s:nak senang ajer... tp kalo nak bagi juga, sebesar padang bola saya tadahkan.. Kakakaka )

So macam biasa saya sudah pun uploadkan slide-slide daripada kelas kiter baru-baru ini(18 & 19.07.09). Jangan kuatir atau risau tentang semua virus-virus degil yang suka melompat masuk ke dalam thumdrive semasa downloading dari komputer di kelas kiter, semuanya sudah pun saya hapuskan... Hohoho.....:p Anda bolehlah mendownload dengan lapang hati......:) Semua slide ini saya dah convertkan jadi file winrar(.rar). Sesiapa yang tiada software ini saya juga ada uploadkan sekali untuk kemudahan tuan-tuan & puan-puan sedut(downloaD lah).... So saya ucapkan Selamat Menyedut / Vacum / slurp / download & sebagainya...


1)
Aplikasi Komputer
2)
Hubungan Etnik
3)
Kenegaraan
4)
Sains Sosial
5)
Software Winrar Free Edition


Tata..

Selasa, 16 Jun 2009

Result dah keluar !!!!

Assalamualaikum......

Kengkawan semua.... RESULT dah keluar !!!!

Camner nak check result? ... ikuti langkah-langkah berikut:-
1. taip kat google - portal uum or portal.uum.edu.my
2. klik kat situ
3. akan appear http://umis.uum.edu.my/umis/login.jsp
4. login - masukkan s dan dikuti oleh nombor matrik (cth: s193763)
5. Password - masukkan nombor ic anda (kalau ada belum ubah kepada password yang lain)
6. kemudian klik kat keputusan peperiksaan.

keputusan peperiksaan anda akan terpampang ...... berakhirlah penantian selama ini... heheheh

o.k .... selamat menyemak keputusan anda ... good luck

Jumaat, 12 Jun 2009

Result???

Assalamualaikum....

Sorry, lama menyepi diri...... tak de idea untuk dijadikan coretan....
Sejak abih exam...semua menyepi diri.. langsung tak dengar khabar berita, mungkin masing-masing sibuk dengan tugasan harian...

Ada sesiapa yang tahu ker bila result exam keluar?? tak sabar gak nak tahu apa result exam, yang paling penting- nak tahu gak ada paper yang lingkup ker maklumler kalau tak lulus- kena ambil balik paper tu...!!!

Aku doa kan semua kawan2 akan pass 'with flying colours' atau setidak-tidaknyer tak de yang fail.....

Rabu, 13 Mei 2009

Amacam Exam???

Amacam kawan-kawan???
Boleh jawab ke paper Pengantar Pengurusan tadi???

Aku ??? ... jangan tanya ler ... Hampeh
Aku konfiden le jawab 15 soalan jer yang betul & tepat ... yang lain aku tembak jer ... baca buku pun macam tak baca jer ... bila tengok jer kertas soalan ... semua hilang, langsung tak ingat...so apa lagi... tembak jer lah..

Tadi ada gak member yang bagi tau... at least ada 30 soalan yang sama macam soalan past semester, diaorang yang buat latihan jawab soalan past semester(s) banyak yang boleh jawab paper tadi ... beruntung member tuh...

So.. moral of the story ... jangan pandang remeh ngan soalan past semester(s), mungkin akan keluar lagi semester nih...

-BK-
p/s: aku lak tak tau mana nak cari soalan past semester... so rasanya aku still akan gunakan kemahiran semula jadi aku untuk paper yang akan datang ... "menembak" jawapan ...harap-harap kali ni banyak yang 'bull-eye' ... hehehehhe

Isnin, 4 Mei 2009

SEMPENA HARI IBU/MAK/MAMA/UMI/MAMI/MEK (10 MEI)

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Bila Aku dah ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan ?Selamat Hari Ibu?

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........ Tapi kalau mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Kisah & Teladan
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya. "Jika kamu menyayangi ibumu, sampaikanlah kepda semua sahabatmu

PISANG & HATI

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. "Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa."Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk."Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam. Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup.

Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

Keputusan Kabinat Tindas 'saudara baru'

Petikan : www.harakahdaily.net

Keputusan Kabinet tindas 'saudara baru' - Dr Asri

Azamin Amin Mon May 04, 09 9:39:34 am MYT

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Hrkh) - Keputusan kabinet baru berhubung status agama anak dilihat lebih dipengaruhi oleh perkembangan politik kepartian dan undi tanpa melihat kepada sudut keadilan untuk semua.

Menurut bekas Mufti Perlis Dr. Asri Zainul Abidin keputusan itu dianggap sebagai penindasan terhadap 'saudara baru' dan boleh menakutkan mereka yang ingin menganut Islam.
"Dalam kegilaan mendapatkan undi, jangan digadai masa depan umat Islam dan keharmonian agama dalam negara.

"Sekali lagi saya tegaskan, golongan �saudara baru� dalam negara ini tidak mendapat layanan yang sepatutnya dan pihak yang berrtanggungjawab terutama yang menguruskan zakat dan badan-badan agama kerajaan pusat dan negeri tidak menyibukkan diri dalam menjaga kebajikan mereka dan usaha dakwah dalam memahamkan rakyat Malaysia tentang Islam yang sebenar," kata beliau dalam tulisannya kepada sebuah akhbar online.

Beliau meminta pihak Kabinet menilai balik keputusan tersebut dan juga pihak-pihak agama dalam negara memainkan peranan yang sepatutnya dalam memberikan keadilan kepada �saudara baru�.

Dr Asri juga berkata jika Fatwa Kebangsaan JAKIM boleh membuat sidang fatwa segera tentang �dakwat pilihan raya� mengapa tidak Pengerusi Fatwa Kebangsaan tersebut tidak memberikan pandangan para mufti dengan segera dan jelas dalam hal ini.

"Malanglah jika isu penkid dan yoga digembar-gembur, tetapi isu keadilan hak saudara baru dilewat-lewatkan," katanya

Sebelum itu, beliau menyatakan bahawa isu agama anak tidak sepatutnya ditimbulkan melainkan ketika wujud perselisihan antara pasangan sahaja dan menyerahkan kepada pihak mahkamah untuk memutuskannya.

"Anak sepatutnya diberi peluang untuk mengenai Islam setelah ibu atau bapa menganut Islam. Peruntukan zakat muallaf secara besar perlu diberikan untuk ini. Zakat bukan lawatan hujung tahun dan penukaran kereta baru para pegawai.

"Malanglah keputusan kabinet ini boleh menghalang dakwah seorang bapa atau ibu kepada anak berkenaan," katanya yang kini masih berada di Lampeter, United Kingdom. - azm

Jiwa 'kehambaan' Melayu Menghalang Pembaharuan

Petikan : http://www.drmaza.com/
Disiarkan pada May 03, 2009 dalam kategori Dakwah
Dr Mohd Asri b. Zainul Abidin: “Raja Adil Raja Diakur, Raja Zalim Raja Ditegur”
Dalam semangat sesetengah pihak untuk menegakkan ‘kedaulatan melayu’ maka berbagai-bagai slogan kemelayuan dikeluarkan. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu sebab kitalah kaum asal di Nusantara ini. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu kerana sejarah kesultanan dan kepahlawanan melayu. Apatah lagi ketika dunia hanya tinggal beberapa belas raja, sembilan daripadanya dimiliki oleh orang melayu.

Ada yang kata orang melayu itu istimewa disebabkan adat dan budaya. Berbagai-bagai lagi yang disebutkan dalam menuntut kemuliaan dan ketinggian kaum. Namun bagi saya, kemuliaan orang melayu yang sebenar dan kekal adalah kerana mereka menganut Islam. Mereka tidak kekal mulia dengan adat atau kesultanan atau budaya atau apa saja, mereka akan kekal mulia kerana akidah Islam dan jika mereka berpegang kuat dengan Islam.

Hari ini budaya dan bahasa melayu sudah banyak yang dilupa, sejarah kesultanan atau kepahlawanan melayu pun banyak perkara yang wajar dinilai semula. Adapun Islam, ia agama Allah yang sejagat, bukan hanya khusus di alam melayu atau hanya untuk orang melayu. Keberkatan dan kemuliaan akan dikurniakan kepada sesiapa yang berpegang dengannya sekalipun tanpa sejarah bangsa dan raja.

Firman Allah:
Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan sesuatu menimpa mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (mereka itu) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. Untuk mereka kegembiraan dalam kehidupan dunia dan akhirat; tidak ada sebarang perubahan pada kalimat-kalimat Allah (janji-janjiNya), yang demikian itulah kejayaan yang besar. Dan janganlah engkau (Wahai Muhammad) didukacitakan oleh kata-kata mereka (yang menentang); kerana sesungguhnya segala kemuliaan bagi Allah; Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Yang Maha mengetahui. (Surah Yunus: 62-65).

Jikalah kepahlawanan melayu hendak dijadikan teladan, saya fikir banyak perkara yang perlu ditapis. Hang Tuah yang kononnya hidup pada zaman kegemilangan Kesultanan Melaka tentu tidak relevan lagi di zaman kita untuk dianggap wira dan teladan. Wataknya itu mungkin sesuai untuk masyarakat yang berpegang kepada feudalisme yang taat patuh kepada golongan bangsawan secara membuta tuli.

Hal yang sama berlaku juga dalam sejarah bangsa-bangsa feudalistik yang lain. Cerita tindakan Hang Tuah membawa lari Tun Teja dari Pahang untuk memenuhi ‘selera’ Sultan Melaka ketika itu, bukanlah tindakan yang terpuji. Ia salah dari segi nilai kesopanan, apatah lagi jika dinilai di sudut ajaran Islam.

Namun, masyarakat melayu ketika itu barangkali dapat menerimanya disebabkan kehendak ‘sultan’ atau ‘raja’ dalam masyarakat melayu itu mengatasi segala-galanya. Bahkan sultan atau raja bagi mereka mengatasi undang-undang dan peraturan. Dalam sejarah, bahasa dan adat yang digunakan oleh orang melayu di hadapan sultan atau raja menggambarkan sikap berlebih-lebihan dalam memuja raja serta menghina atau ‘menghambakan’ rakyat.

Ia sudah pasti tidak serasi dengan ruh ajaran Islam yang membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia atau makhluk, kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah. Dalam sejarah atau ‘lagenda’ kesultanan melayu juga, bukan sedikit tindakan sultan atau raja melayu yang amat menyanggahi keadilan, tidak masuk akal, sekaligus bercanggah dengan Islam.
Orang melayu dalam banyak keadaan mendiamkan diri dan berkata: “Kita rakyat, baginda raja”. Falsafah raja adalah ‘jelmaan tuhan’ yang dianuti oleh sesetengah agama, walaupun tidak disebut dalam masyarakat melayu, namun ia menjelma dalam penghayatan. Sehingga perkataan ‘daulat raja’ difahami sesetengah masyarakat bahawa tuhan menurunkan bencana kepada sesiapa yang tidak menghormati raja.

Bahkan adat-istiadat istana itu sendiri seperti cara ‘mengadap atau menyembah duli’ bukan berasal dari ajaran Islam. Walaupun Islam masuk ke dalam istana dan masyarakat melayu, tetapi berhubung dengan adat keistanaan, banyak yang belum berjya diislamisasikan.

Tidak dinafikan golongan agama, ada yang berjaya mempengaruhi dan menasihati sesetengah raja melayu. Terdapat juga sultan-sultan melayu yang berpegang dengan Islam dan disanjungi kebaikan dan keadilan mereka. Namun, dalam banyak keadaan jiwa feudalistik melayu menghalang atau melambatkan proses mengislamisasikan pemikiran melayu berhubung dengan raja. Anasir itu ada yang berlarutan sehinggalah ke zaman moden ini.

Tokoh-tokoh politik berbangsa melayu samada pro-islam atau apa saja, bagaimana ‘sakan’ pun mereka mengkritik kerajaan; dari segi belanjawan, pembaziran, tindak-tanduk, pembahagian projek, kepatuhan kepada undang-undang dan agama dan berbagai hal yang lain, apakah mereka sanggup bertanya hal yang sama jika dikaitkan dengan ‘istana’. Jawapan sudah pasti tidak atau amat sedikit, walaupun memang banyak bisikan dalam senyap. Sehingga saya berjumpa sesetengah orang yang mengharamkan ‘yoga’ atas alasan kerana ada unsur agama lain antaranya merapatkan kedua belah tangan seperti ‘menyembah berhala’. Saya bertanya: “tidakkah perbuatan yang sama dilakukan dalam istiadat melayu mengadap raja?”. Dia menjawab: “oh itu lain, saya tidak mahu masuk campur”.

Tulisan ini bukan menghina sejarah istana atau raja. Apa yang hendak saya tegaskan adalah kemuliaan kita apabila kita berpegang dengan Islam. Tiada masalah dengan istana atau kesultanan melayu. Saya hanya menyebut latar masyarakat kita. Institusi ini boleh dikekalkan seperti mana United Kingdom masih mengenalkan Queen mereka.

Namun, proses pembaharuan minda berkaitan istana masih diperlukan. Apatah lagi istana dianggap memayungi Islam. Banyak institusi-institusi Islam di bawah istana. Tiada penguasa yang tidak boleh dinilai dan ditegur untuk kebaikan diri mereka dan rakyat jelata. Sepertimana kerajaan ditegur dan dikritik, demikian juga raja dan sultan. Jika ia hal peribadi, ditegur secara tertutup dan peribadi. Jika ia hak atau isu awam, orang awam dan rakyat berhak menuntutnya.
Saya menyebut hal demi kebaikan institusi kesultanan itu sendiri, agar berkesinambungannya secara mulia dan dihormati rakyat. Dalam rekod melayu moden, orang melayu telah banyak mempertahankan institusi kesultanan mereka, walaupun tidak banyak keadaan yang menunjukkan sebaliknya. Adapun saya, tidaklah bersetuju dengan kata-kata Hang Jebat: “raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah”. Saya tidak bersetuju dengan perkataan ‘sembah’ yang disebut oleh Hang Jebat, sebab saya tidak menyembah raja. Saya kata: “raja adil raja ditaati, raja zalim raja dibantahi atau dinasihati”.

Tiada beza antara rakyat dan raja atau menteri atau bangsawan mana sekalipun di hadapan keadilan dan hak. Islam tidak pernah mengajar jiwa feudalistik yang meletakkan bagi bangsawan hukuman yang berbeza dengan rakyat. Rasulullah s.a.w menyebut:
“Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan mereka mencuri, dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, dilaksanakan hukum ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah anak Muhammad (puteri Rasulullah) itu mencuri, nescaya ku potong tangannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Saya seorang muslim, saya juga seorang melayu. Saya tidak nafikan orang melayu dan kesultanan kita ada keistimewaan yang tersendiri. Namun, saya percaya jika kita berbicara soal sejarah bangsa, setiap bangsa ada sejarah mereka. Jika soal budaya dan adat, setiap bangsa memilikinya. Jika soal bahasa dan sastera, setiap bangsa ada latar mereka.

Namun jika kita berbicara rahmat Allah yang menunjukkan Islam kepada orang melayu, ia adalah sesuatu yang istimewa. Ia membolehkan melayu itu bergabung dengan sejarah hidayah dan alam yang merentasi segala rupa bangsa dan budaya. Ia menjadikan kita bersaudara dengan berbagai bangsa di dunia atas kalimah Allah dan menjadikan kita merasai sejarah kegemilangan Islam sebahagian dari sejarah kita bersama. Cuma yang tinggal, sejauh manakah kita berjaya melayari bahtera keagungan Islam pada zaman yang mencabar ini?
Zaman sudah berubah. Minda dan cara fikir generasi baru juga sudah berbeza. Sejarah juga akan berubah. Sesiapa yang enggan berubah, mungkin dia diubah

Isnin, 27 April 2009

Slide untuk semua...

Salam sejahtera semua,

Maaf kerana membuat semua rakan-rakan tertunggu-tunggu untuk mendapatkan slide module daripada saya. Biasalah sibuk dalam urusan harian pekerjaan yang tak pernah nak habis. Siap satu, dua datang.. Siap dua, tiga pulak datang.. Macam tu lah.. Stress dibuatnya.. Tapi saya rasa tuan-tuan & puan-puan semua mesti lagi sibuk dari saya... Huhuhu.... :)

So wahtz up? korang semua dah study setakat mana dah? aku satu pun belum lagi... Hahaha... tak pe lah, kalo kantoi ada duit aku ulang lagi.... :(

Macam tak percaya je, dua minggu aku dah buang masa begitu sahaja.. (Kalo lah aku boleh turn back time) Pejam celik, pejam celik.. sekarang dah tinggal 2 minggu je lagi sebelum kita akan menghadapi peperiksaan akhir semester 1.. huhuhu... kejap je kan???


Oh ya, sebelum terlupa.. korang semua dah check ke berapa markah ko-k korang? kalo belum jgn lupa sms kepada Encik Azizi..

Untuk makluman semua, slide-slide ni saya uploadkan(simpan) kat mediafire.com.. so untuk download tuan-tuan & puan-puan perlu klik pada link ini atau yg dibawah. Untuk makluman tuan-tuan & puan-puan sekali lagi, file-file slide ini saya telah compresskan agar mudah untuk saya uploadkan dlm website ini dan slide2 ini juga adalah koleksi yg ada sahaja.. kalo ada yg kurang tu saya mintak maaflah, ini je yg ada..

So Selamat Membaca..............................:)


Sila klik pada link dibawah ini:-


Himpunan Slide UUM 2009

Selasa, 14 April 2009

Repair & PC Maintenance

Kepada semua kawan kawan,

Anda ada masalah ngan PC anda?

Mahu UPgrade?

Lembab?

Selalu hang?

Nak buat assignment pon tersangku - sangkut dan boleh hilang mood...

Aku mampu untuk membantu korang-korang yang ada masalah - masalah seperti di atas.

korang hubungi saja aku - 019 564 6441

Khamis, 9 April 2009

Desktop Computer For Sale.. Hurry, very cheap..

Assalamualaikum,

Saya cuma ingin memaklumkan & bertindak sebagai orang tengah bahawa ada sebiji komputer second hand kepunyaan kawan saya yang hendak dijual.(saya baru dapat tahu pagi tadi) Saya ulangi "Second hand"... So die letak jer harga dulu, tapi masih boleh nego lagi...

Spec tuan-tuan / puan-puan boleh compare & tgk sendiri kat dlm www.mudah.com brapa rate harga kalo nak compare lah.... die ada 2 biji tapi satu member dah ambil, so tinggal lah satu lagi....tapi mcm biasalah, "first come first serve"... barang murah, memang ramai peminatnyer.... mcm pisang panas... Nak cerita banyak tak guna, so sila lihat spec die kat bawah ini:

-IBM Netvista.
-Pentium 4, 2.8Ghz.
-Ram 1G.
-Hard Disk(HDD) 80G.
-DVD rom.
-Window XP profesional (Original).
-Microsoft Office 2003 (Original).
-Monitor 17inchi.

Harga = RM700.00 sahaja.

Sedikit maklumat tentang komputer ini:

-telah digunakan selama setahun lebih.
-kegunaan dlm office sahaja.
-very lite duty.

Menurut kawan saya, komputer ini boleh terus digunakan kerana semua software yang diperlukan sudah pun siap di installkan.. 'Pat pat siku lipat, siapa cepat dia dapat'... Hahaha... Kalo setakat nak buat assigmt tu memang boleh la sangat.. nak buat main game pun boleh.. So cepat yer, offer ni untuk masa yang terhad sahaja..

Sebarang pertanyaan mengenai komputer ini sila call no. ni : 0196181807

Rabu, 1 April 2009

Kelas Minggu ni...

Assalamualaikum... sorry arrr lama aku tak online ... nak kata 'sibuk' tak ler jugak cuma tak sempat jer ... kesihatan pun kurang ok sikit.. last week jer aku MC 2 hari..

So kengkawan.. jangan lupa hari Sabtu ( 4 April 2009) ni ada kelas Prof. Dr. Arba'ie Sujud (BM Pengurusan) start jam 9.00 pagi.. - ada assignment nak kena hantar.

Perjumpaan ke 4 ( 11-12 April 2009) lak ada 3 assignment nak kena hantar;

  • Assignment En. Zam ( yang ada banyak tajuk tu...masing2 dah sedia maklum tajuk yang kena buat)
  • Assigment Ko-K ( kembangkan assignment yang terdahulu)
  • Assignment berkumpulan.

Aku just ingatkan korang jer... sebenarnya aku sendiri pun belum buat lagi... hehehehe