Jumaat, 2 Oktober 2009

Program

Majlis Sambutan Hari Raya Bersama Anak Yatim Rumah Amal Kasih Bestari,

Sabtu (3.10.2009):-
Lebih kurang jam 0900am-Semua ahli kumpulan berkumpul di kafateria Kolej Multimedia, Jln Semarak untuk membuat persiapan (backdrop/hiasan pentas/bunga2an/rostrum/meja vip/sudut brg sumbangan/meja cenderahati dll). Sekiranya ada sebarang sumbangan berbentuk barangan bolehlah dibawa sekali untuk disimpan di sini.
Setelah selesai membuat persiapan dewan dijangkakan satu rehearsal (latihan) akan dilakukan. Ahli2 bolehlah bawa apa2 yg difikirkan patut(brg hiasan ke/reben/ketupathiasan/dll)....
Kedatangan ahli pada hari ini adalah diwajibkan supaya tidak timbul masalah sesat untuk sampai ke lokasi dan supaya setiap ahli kumpulan akan familiar dengan kawasan sekitar kolej ini dan untuk mengelak sebarang masalah2 lain pada hari tersebut.

Ahad (4.10.2009):-
0800-Semua berkumpul di kafeteria Kolej Multimedia untuk membuat persiapan akhir & checklist.
0900-Ahli-ahli nismo club akan berkumpul di rumah anak yatim RAKB utk ambil anak2 ini utk dibawa ke Kolej Multimedia secara konvoi dgn menaiki kereta.
1010-Ketibaan konvoi bersama anak yatim. Anak yatim akan dikompang bermula di laluan berbumbung sehingga ke kafeteria untuk dijamu sarapan pagi.
(Manakala bagi ahli kumpulan pula adalah digalakkan membawa makanan masing2 bagi tujuan sarapan pagi kerana sarapan pagi hanya akan disediakan utk 40 org anak yatim shj, oleh itu ahli2 akan bersarapan secara ala 'potluck').
Anak RAKB akan dibawa ke bilik kuliah utk ceramah motivasi selama 45 minit oleh Encik Mohd Asraf Che Ahmad. Selepas selesai majlis akan bersambung dengan acara selingan (magicshow).
1200-Menyambut tetamu & mengiringi tetamu ke meja. (Dijangkakan wakil imigresen/Press/YDP selaku perasmi majlis/Penasihat RAKB dll)
1215-Acara bermula (ucapan Pengacara majlis/bacaan doa/pengarah program/nismoclub/kitafm).
1235-Acara Penyampaian Sumbangan secara simbolik bg barangan / duit raya /cenderahati dll drpd nismoclub/uum/kitafm.
1330-Acara menikmati makanan/jamuan raya bermula.
1430-Perjalanan pulang Anak Yatim RAKB.(mereka dikumpulkan & menaiki bas imigresen bersama2 barang sumbangan)

(acara boleh berubah mengikut keadaan semasa)

Berikut adalah gambar meeting pada 1.10.2009(antara kita dgn nismoclub & kitafm):-




Tiada ulasan:

Catat Ulasan