Khamis, 22 Oktober 2009

Terima Kasih

Lama dah tak hantar posting baru.. bukan apa, semua dok sibuk buat assignment & tugas harian kat opis masing-masing.. ko-k pun dah abih, so kurang le meriah sikit blog nih..

Any way aku secara personaly ingin ucapkan terima kasih kepada semua ahli group yang bertungkus lumus menganjurkan program hari tu...

Terima kasih juga aku nak rakamkan kepada semua penyumbang-penyumbang (agensi kerajaan, swasta, company, NGO & individu) yang menghulurkan bantuan bagi penganjuran program, tak kira le sumbangan dalam bentuk wang ringgit ke, pakaian & dalam bentuk barangan seperti beras, tepung, minyak masak, biskut dan juga bihun..

Terima kasih juga aku nak ucapkan kepada Abg. Ali (Pengerusi Kelab Nismo) dan geng-geng Nismo atas sumbangan yang anda semua berikan... korang semua memang best & sporting, mungkin next punya program kita boleh bekerjasama lagi..

Tak lupa, kepada KitaFM... thanks a lot atas kesudiaan war-warkan program ini dan turut sama mencari sumbangan dana.. TQ Bro & Sis DJ KitaFM.. moga-moga next punya program pun kita still bersama lagi...

Pada anak-anak RAKB... harapan kami, anda semua enjoy & kami semua mohon maaf andai terdapat sebarang kekurangan atas penganjuran program ini...

TQ SEMUA !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan