Selasa, 10 Februari 2009

Haziq kena culik????

Erm....tajuk di atas tu agak mengerikan...tapi, benarkah kenyataan itu?

Haziq ni salah seorang geng kita yang agak aktif dalam pertemuan-pertemuan diskusi yang kita rencanakan. Mamat ni sebenarnya budak BBA, tapi oleh kerana ramai geng kat BPM, dia pon dah apply tukar kos BPM.

Dia juga salah seorang penyumbang ide-ide yang bernas. Tapi, pada diskusi ke-2 di National Library....dia x muncul. Petang tu ada grup discussion untuk Subjek Sains Sosial, tapi dia tak muncul gak. Geng grup aku ada 5 org, Aku, Sunita, Mija, Mastura & Haziq. Mastura yang becok tu x datang, Dah haru dah sbb dia penyumbang utama dan tajuk assignment pun kami sume ikut pilihan dia. Dah tu, Haziq pon x datang....tinggalla aku ngan sunita ngan mija...kami pon wat keputusan untuk cari Info dan kumpul bile jumpa lagi nanti.

Yang misterinye....ke manakah Haziq menghilang? Adakah benar dia diculik? Hish.....erm....aku dapat info yang mengatakan beliau telah diculik oleh pemandu bas express. Pemandu bas tu culik dia bawak lari straight je pastu tinggal kan dia kat Shahab Perdana(Adecit Poodahh...Balik kampung rupanya mamat ni)

Erm...kerana ketiadaan dia, semangat aku pun agak berkurangan la sbb dah kurang sorang. Tapi..aku harap sangat Haziq baca apa yg aku tulih ni. So, dia leh la respon. Balik kampung pon ingat wei.....hang grup ngan aku 2 subjek....banyak markah tu....huhuhu

Bukan aku aje yang dok tanya-tanya si Haziq ni, BK, Qasehzila, Lil's, Shida pon ada tanya hang wahai Haziq.

Woi!!!nanti jgn lupa bawak mai kat aku tembakau dari kampung wei...beli la buang 2-3 tahil.
K.Adiosss...jumpa di kelas ujung minggu ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan